Artis / Selebriti
” Ayat yang paling buat saya pecah, memang teruk perkataan tu.. ” – Kamal Adli
Video pendedahan Kamal Adli moment ketika dia melafazkan talak kepada bekas isterinya, Uqasha Senrose di mahkamah yang ramai tidak tahu buat ramai tersentuh. Sampai macam tu sekali, kesian Kamal..
Perkahwinan antara Kamal Adli dan Uqasha Senrose telah pun berakhir apabila pasangan ini sah bercerai talak 1 sekitar pada bulan Januari yang lalu. Walaupun Kamal cuba untuk menyelamatkan rumahtangganya itu, namun takdir sudah tertulis, jodoh antara mereka hanya setakat itu sahaja.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok dan Instagram heyluvmichelle, telah dikongsikan satu sedutan video yang memaparkan perbualan Kamal bersama Michelle dalam podcast Nona. Banyak yang dibicarakan dan ianya berkisar mengenai kehidupan Kamal dan pancaroba yang dihadapi dalam kehidupannya itu.
Menerusi video perkongsian ini, Kamal membuka cerita tentang apa yang terjadi ketika melafazkan talak di mahkamah tempoh hari. Kisah ini tidak pernah dikongsikan oleh Kamal kepada umum sebelum ini. Berat, itu yang dapat diluahkan oleh Kamal apabila mendapat kertas lafaz cerai yang perlu dibacakannya di hadapan Hakim.

Keadaan Kamal ketika itu sangat menyedihkan dan jika Kamal mengingati kembali kejadian itu membuatkan dirinya merasa malu. Berat melepaskan orang tersayang dan akhirnya, air mata yang menjadi saksi terlerai segala yang cuba dipertahankan oleh Kamal.
Jom tonton video di bawah :
@heyluvmichelle berat Nona 2pm di Tv3 Youtube Nona Tv3
Lebih seribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Perkahwinan pertama tu asbab, utk allah bg bahagia kali ke-2 yg lebih bahagia sape th kan..? kamaladli moga terus istiqomah dan baik2 saje utk Kamal & Uqasha.. “
” Bila tiada lagi cinta, tiada guna bertahan. orang yang banyak ketawa sebenarnya sangat sensitif. dalam senyuman kamal, banyak duka dia pendam.. “
” Nampak sangat Kamal Adli ni sayang sangat pada ex wife dia. Sian Kamal.. semoga Allah gantikan dengan yg lebih baik.. “
” Semoga dikurniakan ketabahan Dan diangkat darjat Kamal Adli.. semangattt bro.. setelah hujan pasti ada sinar pelangi muncul.. insyAllah.. “
” Itulah situasi yg berlaku dalam kamar mahkamah. Ada satu pasangan ni smpai 3 kali dia lafaz baru jelas. Menangis dia… bahagian masing2 kan.. “
” Be strong Budin, you are a good father.. semoga kamal akan jumpa bahagia selepas ni. lepaskan kalau dia milik kamal, pasti satu hari nanti akan kembali bersatu.. “
” Sedihnya, boleh bayangkan keadaan Kamal time tu. Patut lah aritu mata Kamal merah. Nangis teruk rupanya dekat dalam.. sabar ye kamal, ada hikmah dan bahagia untuk kamal nanti.. “
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semua ini adalah asam garam kehidupan dan menjadi satu pengalaman berharga untuk Kamal. Semoga ada sinar bahagia untuk Kamal di masa akan datang dan didoakan Kamal terus kuat untuk mengharungi kehidupan tanpa insan tersayang di sisi.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok heyluvmichelle, IG Kamal Adli
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Family yang semua boleh menyanyi. Betul-betul ada darah seni suara.. ” – Komen Netizen

