Artis / Selebriti
” Ayat memujuk dia bukan biasa-biasa eh. Pandai Isaac beli jiwa mummy.. ” – Netizen
Zahirah Macwilson Kongsi Video Gelagat Anaknya, Isaac Raees Memujuk Meminta Izin Main Games Buat Warganet Terhibur. Amboi Isaac, Siap menyanyi. Spontan Je Lirik Isaac Tu, Mummy Pun Tak Tahan Gelak Dengar !!
Gelagat anak sulung Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza bernama Isaac Raees seringkali menjadi perhatian warganet. Isaac yang memiliki lesung pipit di pipi membuatkan hero kecil Zahirah dan Aiman ini menjadi antara anak selebriti kegemaran ramai wargamaya.
Meninjau akaun Instagram Zahirah Macwilson, telah dikongsikan satu video terbaru Isaac yang memaparkan si kecil ini cuba memujuk Zahirah untuk bermain games. Dengan muka yang ceria dan sambul tersenyum menampakkan lesung pipit dalam di pipi, Isaac menyanyi lagu khas untuk Zahirah.
Antara lirik yang dapat didengar berbunyi ‘ Mummy Zahirah, mummy Zahirah, Isaac nak main games, Isaac nak main games ‘. Zahirah sendiri pun tidak dapat menahan ketawanya mendengar lirik lagu Isaac itu. Mulut manis betul bakal abang ni, pandai menyanyi macam daddy.

Bak kata pepatah, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Menyanyi macam tu pun sedap didengar, suara Isaac pun merdu juga. Ada anak yang mulut manis macam Isaac ini, pasti terhibur hati seorang ibu. Isaac sememangnya selalu menjadi penghibur hati mummy dan daddy.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Zahirah ini sehingga kini telah pun meraih lebih 50 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Mummy zahiraaaa. Mummy zahiraaaa. Isaac nak main game. Isaac nak main game. Pandai nye dia beli jiwa mommy demi untuk game itu.. ”
” Tersemboq ayaq lioq haha.. manis sungguh ayat hero sorang ni, pandai amk hati.. mommy mommy mommy mommy zaaa hii rahhhhh haha.. ”
” Tengah try beli jiwa mummy, pandai dia tackle mummy dia. happpy family till jannah.. geram la dengan lesung pipit dia tu.. ”
” Nak pujuk mummy ler too haha. Cara pujuk nk main gadget kena ade kan ijack.. Aloo shomel lesung pipit tu, cemboi.. ”
” Cutenya boleh Compose lagu mami Zahirah.. Pandai ya hahaha last2 nak main game . Comel je.. ni ikut bakat daddy pandai nyanyi.. ”
” Cara nak pujuk mummy ye Isaac. Comel je, lirik dia pun spontan betul ni. Mana lah mummy tak cair, ni lagi sweet daripada daddy Isaac.. ”
” Lirik last paling win nak main game haha.. Cair la mummy Zahirah macam ni. Ayat memujuk dia bukan biasa-biasa eh haha.. siap buat lagu untuk mummy lagi.. ”
Alahai Isaac, kalau macam ini lah cara memujuk, mesti mummy Isaac akan cair. Sweet sangat Isaac, macam daddy dia juga. Apa-apa pun, semoga Isaac terus ceria-ceria selalu di sampung mummy dan daddy tersayang. Semoga ada banyak lagi perkongsian mengenai Isaac selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Zahirah Macwilson
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen


