Artis / Selebriti
” Aww, sweetnya Bella.. ” – Xtra
Video Nabila Razali Kongsi Ciri-Ciri Menarik Yang Membuatkannya Terpikat Dengan Suaminya, Nik Iruwan Raih Perhatian Ramai. Wah, Patutlah Bella Boleh Jatuh Hati !!
Umum mengetahui yang penyanyi Nabila Razali telah pun mendirikan rumahtangga bersama pilihan hatinya, Nik Iruwan Nik Izani. Meninjau ke akaun Instagram Xtra, satu video temuramah Nabila mengenai ciri-ciri menarik yang ada pada suaminya telah dikongsikan.
Pastinya ada sesuatu yang membuatkan Nabila jatuh hati dengan Nik Iruwan sehingga akhirnya memilih jejaka tersebut sebagai suaminya. Menurut Nabila, dia amat menyukai suaminya kerana suaminya merupakan seorang yang matang dan memahami.
Majlis pernikahan pasangan ini telah berlangsung semalam di The Chateau Spa and Wellness Resort, Pahang dengan dihadiri beberapa rakan artis dan keluarga rapat. Nabila menerima mas kahwin bernilai RM22.50 sementara wang hantaran dirahsiakan.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 4 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Nabila juga kelihatan sangat cantik dengan persalinan pakaian pengantin berwarna putih dan sangat berseri. Seperti selalu, Nabila tidak lekang dengan senyuman.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Ada yang memuji penampilan Bella di hari bahagia. Antara komen-komen yang diberikan :
” Tahniah… Nabila Razali pasangannya Nik Iruwan… semoga berkekalan ke Syurga. suka tgk Bella senyum je.. MasyaAllah Alhamdulillah. Sama cantik sama padan .. “
” Alah my heart dah kawen dengan orang lain.. Semoga dikurniakan rumahtangga yg sakinah mawardah warahmah utk bella dan pasangan.. “
” Tp kan klu prsan kaknab ni mmg minat style tdung lilit trcekik cmtu.. Selamat menempuh alam rumahtangga..
” Make up mcm ni nampakkan muka dia mcm Talita anak arwah Siti sara hehehe.. ramai btul kahwin bulan ni termasuk aku.. “
” Lawa je makeup dia. Mgkin lighting gelap masa interview ni.. Ingtkan dia dgn hael. Yela asik ade je kalau hael buat show.. “
” Cantik g1la. suka makeup mcmni. timeless.. maybe lighting or angle camera kot membuatkan dia nampak kurang berseri.. “
” Cantik . tapi muka dia sesuai mekap pinkish & soft pink baru naik seri.. Yang penting dia dh sah and dh ada suami , korang masih single ke tu.. “
Tahniah diucapkan kepada Nabila Razali dan pasangannya. Semoga bahtera perkahwinan yang dibina kekal berkekalan sehingga ke akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata yang comel-comel. Selamat pengantin baru diucapkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Xtra, Nabila Razali
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu



