Artis / Selebriti
” Aww cute betul baby dia. Sedap nama baby.. ” – Komen Netizen
Anak sulung Sharifah Shahira, Tallisya kongsi video sebelum dan selepas melahirkan anak sulungnya raih perhatian warganet. Alahai comel sangat baby Tallisya, nama pun sedap..
Meninjau entry di akaun Instagram anak sulung Sharifah Shahira, Tallisya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan throwback kejadian sebelum, semasa dan selepas Tallisya selamat melahirkan cahayamata sulungnya. Dimulai dengan ucapan Assalamualaikum, Tallisya memulakan coretannya.
Ungkap Tallisya, sudah hampir 2 minggu sejak dia melahirkan. Tallisya dikurniakan seorang anak perempuan pada 20 Disember tepat jam 10 pagi. Tallisya memilih hospital Aurelius Pahang sebagai hospital bersalinnya. Layanan dan perkhidmatan yang diberikan sangat baik dan Tallisya dijaga dengan teliti.
Kelahiran bayi ini maka bermula lah fasa baru dalam kehidupan Tallisya dan suaminya. Tallisya menyifatkan banyak yang mereka berdua perlu pelajari dan lalui sepanjang fasa ini bersama anak mereka. Pada perkongsian ini juga, Tallisya berkongsikan nama yang telah dipilih oleh mereka berdua untuk si kecil ini iaitu Anya Zaima.

Menerusi video perkongsian itu juga, dapat dilihat wajah penuh Anya Zaima. Comel baby Anya secomel namanya juga. Rentetan peristiwa yang indah untuk Tallisya dan syukur segalanya dipermudahkan Allah untuk Tallisya dan baby Anya Zaima.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alhamdulillah tahniah Tallisya.. Sedapnya nama baby dia.. baby sama birthday dengan kita la.. “
” Congrats Tallisya, aww cute betul baby dia.. sedap nama baby.. btw best tak hospital tu? service dia okey tak, hehe.. “
Proses kelahiran si kecil ini berjalan dengan lancar dan semuanya atas doa semua untuk Tallisya. Pastinya hilang semua sakit Tallisya apabila melihat wajah babynya itu. Kenangan melahirkan anak sulung yang akan selalu dalam memori si ibu sampai bila-bila pun.

Anya Zaima cucu sulung Shiera dan Ijoy dan akan menjadi buah hati kesayangan seluruh ahli keluarga. Semoga Tallisya cepat sembuh dan baby Anya Zaima membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah, anak yang membanggakan kedua ibu bapanya dan insan yang berguna apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Tallisya, IG Shiera Ijoy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti3 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wow, Raudhah speaking bunyi slang British… ” – Komen Netizen

