Artis / Selebriti
” Awesome ter0k, Dato’ K pun boleh keliru ni.. ” – Netizen
Video Seorang Jurusolek Perkahwinan Menyolek Wajah Seorang Wanita Menyerupai Dato’ Seri Siti Nurhaliza Buat Ramai Yang Kagum. Wahhh Ini Memang CTDK 2.0, Seiras Sangat !!
Percaya atau tidak dengan hanya menggunakan teknik solekan, wajah seseorang akan berubah menjadi seperti orang lain. Kemampuan melakukan perubahan wajah ini bergantung kepada teknik dan kepakaran seseorang jurusolek itu.
Seorang jurusolek perkahwinan daripada Indonesia, Lucky Hakim telah menarik perhatian ramai apabila berjaya mengubah wajah seorang wanita menyerupai penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Ia menjadi tul4r kerana hasilnya sangat mengagumkan
Lucky Hakim melakukan teknik solekan tersebut atas permintaan Zulin Aziz yang telah menghantar mesej kepadanya supaya menunjukkan solekan ala Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Dia cuba menunaikan permintaan tersebut dengan memuatnaik video tersebut di akaun Instagramnya.

Lucky Hakim telah memuatnaik dua buah video yang menunjukkan dua gaya Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Daripada segi perhiasan dan fesyen yang digayakan oleh model tersebut sememangnya nampak seiras sangat dengan primadona Malaysia itu.
Jom tonton video di bawah :
Video yang kedua :
Rata-rata netizen kag0m dengan solekan yang dilakukan kerana ia sangat-sangat seiras dengan Dato’ Siti. Antara komen-komen mereka :
” Perhghhhh sama.. Boleh keliru ni, sama betul.. ”
” Tk kisah tebal ke tak.. Cuma tgk bakat dia.. Bukan seberapa tebal makeup dia… Cantik apa.. “
” Awesome ter0k.. Dato K.. Pon leh keliru.. “
” Sama tapi dato siti dagunya lekuk .. “
” Ha ah muka Ct. Kalo Ct tak mekap agaknya mcm muka ni juga.. “
” Boleh suruh dato K teka mana satu Dato Siti ori dan tak.. “
Sememangnya seiras sangat bukan? Bakat jurusolek ini memang luar biasa kerana mampu mengubah wajah seseorang menjadi orang lain 100 peratus. Semoga bakat solekan Lucky Hakim terus berkembang lebih jauh di peringkat antarabangsa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Lucky Hakim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen


