Artis / Selebriti
” Auto nangis, sebaknya tengok. Rindu seorang ayah pada anak tak akan padam.. ” – Netizen
Gambar-Gambar Raissuddin Hamzah Beraya Bersama Adik Miza Buat Ramai Tersentuh. Terubat Kerinduan Seorang Ayah Yang Sentiasa Merindui Arwah Anaknya !!
Masih ingat lagi tak sebelum ini pernah tular video seorang adik yang dikenali dengan nama Miza yang wajahnya begitu mirip sekali seperti arwah penyanyi Siti Sarah Raissuddin. Gara-gara wajah Miza, ayah arwah Siti Sarah, Raissuddin Hamzah sanggup mengharungi perjalanan yang lama untuk pergi bertemu dengan adik Miza.
Ketika bertemu, Raissuddin mengakui wajah Miza saling tidak tumpah seperti arwah anaknya. Bahkan selepas pertemuan tersebut, keluarga Miza dan Raissuddin menjadi rapat. Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik isteri Raissuddin iaitu Makder, telah dikongsikan beberapa gambar yang memaparkan mereka sekali lagi pergi ke rumah Miza.
Tulis Makder, sebelum raya lagi, Raissuddin meluahkan rasa ingin bertemu dengan Miza. Namun memandangkan perjalanan untuk ke rumah Miza begitu jauh, Makder mengatakan akan pergi membawa Raissuddin bertemu Miza ketika hari raya.

Menerusi gambar-gambar tersebut, jelas terpancar betapa gembiranya Raissuddin dapat bertemu Miza dan menyambut Hari Raya bersama. Selain bergambar bersama Miza, Raissuddin juga turut mengabadikan gambar kenangan bersama ahli keluarga Miza yang lain.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya)
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan mereka menyukai perkongsian gambar-gambar ini. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Auto nangis, sebaknya tengok. Rindu seorang ayah pada anak tak akan padam.. Gambar yang membawa 1000 makna.. “
” Patutla sama muka ayah Miza sama dengan dato raisuddin Hamzah.. Patutla Miza tak tumpah mcm Siti Sarah.. “
” Ya Allah terubat kerinduaan seorang ayah dkt anak nya.. Al-fatihah kak Siti Sarah.. Rindunya gelak tawa Siti Sarahhh.. “
” Kalau jd anak abah pon sesuai.. Mcm family dekat. Paknya adik Miza klon Ayah arwah. Yg boy baju hijau tu mcm anak laki arwah.. “
” Comeyynyaaa..Tiber teringat arwah kk Sarah my fav singer terasa sgt pemergian beliau.. First dgr suara arwah time tu kat pusat sumber sekolah.. Teacher pasang tv lagi arwah kesetiaan.. “
” Meremang tengok pic last. Subhanallah indahnya ciptaan Allah. Ayahnya ikut En Raissuddin, anak nya ikut arwah Siti Sarah.. Vibes sgt aura diorg, slm Aidilfitri.. “
” Sekurangnya terubat rindu kan.. Smg Allah bg ketabahan atas kehilangan arwah.. Peminat-peminat pun rinduuuu sangat dengan arwah.. “
Seronoknya Raissuddin dan Makder dapat mengisi masa bersama Miza. Sekali pandang gambar mereka bertiga, memang nampak seperti bergambar dengan ‘Siti Sarah’ . Meskipun sudah beberapa tahun Siti Sarah sudah pergi, peminat-peminat masih tidak lupa dan setia merinduinya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG suciuwais
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen



