Artis / Selebriti
” Atu ni nak main badminton ke nak buat lawak, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Atu Zero ketika bermain bandmintan di Celebrity Badminton Fun Match Brunei Buat Warganet Terhibur. Kesian penjaga garisan tu tahan gelak kena kacau dengan Atu, pengadil pun kena juga. Part lagu Doraemon tu, boleh pulak Atu berjoget-joget, haha..
Celebrity Badminton Fun Match kembali lagi dan tahun ini, acara ini berlangsung di Indoor Stadium Brunei Darus Salam pada 19 dan 20 Oktober 2024. Acara ini menghimpunkan selebriti dari 3 negara berjiran, Brunei, Malaysia dan Indonesia untuk menunjukkan skill dan kehebatan masing-masing bermain badminton.
Meninjau entry di akaun Tiktok, telah dikongsikan suasana ketika wakil Malaysia iaitu Atu Zero dan Aprena Manrose berada di gelanggang. Bagi peminat di Malaysia sememangnya sudah mengenali Atu yang suka melawak, pasti ada sahaja jenaka spontannya itu.
Menerusi video tersebut, Atu mengusik penjaga garisan dan ianya menggamatkan suasana di dewan. Ketika lagu Doraemon dimainkan, Atu berjoget riang dan terus mengusik penjaga garisan itu. Tidak cukup dengan itu, Atu juga menunjukkan skill back flip yang membuatkan ramai bersorak kepadanya.

Gelanggang badminton bertukar menjadi gelanggang raja lawak dek kerana si Atu ini. Pasangan lawan juga melayan sahaja kerenah Atu. Gaya Atu bermain badminton juga mencuit hati. Ketawa non-stop penonton melihat telatah Atu. Ini memang betul-betul fun match.
Jom tonton video di bawah :
@syrizmila #indorstadiumbrunai #indorstadiumbrunai #indorstadiumbrunai #doremon #cffm #atuzero
@ikka_gemini Membalas @yungapr Orang malay kah? sorry 🙏🏼 #sintyamarisca #celebritybadmintonfunmatch #badminton #fypシ #bruneidarussalam #cbfm #malaysia #indonesia
Video gelagat Atu itu telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Rata-ratanya terhibur melihat kenakalan Atu itu dan antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Adoi si Atu ni, tak sah kalau tak buat lawak. apa lah masalah si atu ni haha.. dia nak main badminton ke nak buat lawak haha.. “
” Siap pasang lagu dorameon lagi.. Itu Atu Zero, komedian Malaysia.. terbaik Atu. suka betul dengan lawak dia, spontan je.. “
” Tengok Atu ni ketawa habis pastu mula lah senyum-senyum sendiri haha.. Atu macam-macam betul buat hal.. “
” Atu Atu macam macam kai ha.. tak sah kalau tiada lawak sikit haha.. Bila ja Atu tak lawak oii.. “
” Atu macam -macam ko ni.. Atu memang lawak, kesian judge kena kacau dengan atu.. kalau aku dah terbahak ketawa dekat situ.. “
” Pelawak Zero yang berasal dari Kudat Sabah.. Atu namanya.. memang sempoi siap berjoget-joget tengah court. haha letih aku ketawa.. “
” Seronok sangat Atu ni, tidur luar la kau Atu haha.. atu jadi penghibur semua orang.. “
Penonton , pasukan lawan, pengadil dan semuanya terhibur dengan gelagat Atu. Pastinya nama Atu bakal menjadi sebutan orang-orang Brunei pula selepas ini. Apa-apa pun, tahniah Atu kerana mempamerkan aksi yang baik bersama Aprena dan berjaya menghiburkan semua di Brunei.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Syrizmila, Tiktok Ikka_gemini
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

