Artis / Selebriti
” Ara punya side kick tu bukan ballet dah, macam karate-do. Mulut pun macam hiiiyahhh, haha.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video persembahan anak perempuan Bella Astillah, Ara Adreanna menari di Ballet Concert buat warganet terhibur. Alahai comelnya Ara, dah macam anak patung bergerak. Random betul perangai Ara atas stage, hehe..
Anak kedua Bella Astillah, Ara Adreanna mempunyai wajah yang comel dah seiras dengan Bella. Ramai yang mengatakan Ara seperti mini Bella. Seorang anak yang ceria dan suka berceloteh, Ara juga sangat suka menari dan kesempatan untuk menyertai satu persembahan tarian digunakan dengan sebaiknya oleh Ara.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Detec_cctv_of_bass, telah dikongsikan satu video pendek yang memaparkan persembahan Ara semalam di Ballet Concert. Ara mempersembahkan tarian ballet bersama rakan-rakan sepasukannya yang lain di The Kuala Lumpur Performing Arts Centre.
Ara kelihatan comel dengan baju penari ballet yang dipakai olehnya itu. Telatahnya di pentas dan mimik wajah yang Ara tunjukkan mencuit hati warganet. Seorang yang cheeky yang selalu menghiburkan hati mommy dan seluruh keluarga. Ara ada sifat berani sama seperti Bella.

Bella juga ada berkongsikan mengenai persembahan Ara ini di akaun media sosial miliknya. Walau sesibuk mana pun, Bella pasti akan mencari waktu untuk menghadiri hari-hari penting anak-anaknya itu. Bak kata Bella, ianya bukan tentang menjadi sempurna tetapi hadir menyokong anak-anak.
Jom tonton video di bawah :
@detec_cctv_of_bass nah😍😍 Urang putih buat persembahan #foryoupage❤️❤️ #bellaastilah #syedsaddiq #vitaminbass @Bella Astillah @Syed Saddiq @Didi Angel Astillah
@detec_cctv_of_bass 😍😍😍 Comey sangat Ara #vitaminbass #syedsaddiq #bellaastilah @Bella Astillah @Syed Saddiq @Didi Angel Astillah
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ni mesti masa training tak datang haha.. ara is English gurl hokey.. adoi kenapa Kamu cute sangat ara.. “
” Wow betul la ni orang putih. Atotot comel ara ni macam mommy sangat. Ara looks like a little cutie musical box.. “
” Kiutnya ora orang putih ni.. arra ckap dia bukan org sabah korang tak caye, cerr tengok tu dia mmang ank org putih la,klu dia org sabah dia akan joget zapin tarian sabah bahh hahahaha,omel la dak kcik ni.. “
” Comel je ara kena dukung macam tu.. Ingatkan dia merajul awal-awal tu haha.. Ara menari ke taekwondo ara hehe.. cute betul.. “
” Comel sangat Ara budak orang putih ni.. boleh pulak dia menguap masa buat persembahan.. macam macam ara ni, random sungguh.. “
” Cutenya Ara, dia ada bakat boleh pergi jauh ni.. adui geramnya tengok Ara.. dia punya side kick tu bkn ballet dah.. tp lbh kpd mcm karate-do.. mulut pon mcm hiiiyahhh, haha.. “
” Ara dah macam anak patung, comel sangat ni.. Ara kan orang putih, jadi panggil dia Ara Ballerina hehe.. “
Seronok melihat persembahan Ara itu. Jika dari kecil sudah didedahkan dengan aktiviti sebegini, tidak mustahil Ara boleh melangkah ke pentas yang lebih besar selepas ini. Apa-apa pun, tahniah Ara untuk persembahan yang hebat dan keberanian beraksi di hadapan ramai orang.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Detec_cctv_of_bass , ig Bella Astillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti20 hours ago Artis / Selebriti20 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
