Artis / Selebriti
” Apa yang saya buat itu adalah perkara yang betul.. ” – Fattah Amin
Video Fattah Amin menegaskan mengenai tindakannya berhubung isu hak lawatan anaknya, Nur Fatima Aisya. Cukup jelas dan padu penjelasan Fattah untuk para haters..
Pergolakan antara Fattah dan mantan isterinya, Fazura kembali menjadi topik perbualan ramai. Segala yang terjadi di sebalik tabir, hanya Fattah dan Fazura yang tahu. Namun, dek kerana mereka adalah selebriti popular, pelbagai spekulasi mula timbul dan ianya memburukkan keadaan serta memberikan persepsi yang tidak elok.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live terbaru Fattah. Sebelum Fattah mengakhiri sesi live itu, Fattah memberikan satu penjelasan mengenai isu yang hangat diperkatakan itu.
Menurut Fattah, dia yakin apa yang dia lakukan itu betul dan tidak melanggar prinsip diri. Apa sahaja yang keluar dari mulut Fattah, warganet boleh ambil dan membuat penilaian sendiri. Tetapi, sekiranya ia bukan dari Fattah, maka itu adalah fitnah yang sengaja dilemparkan kepada Fattah.

Fattah turut mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada dirinya, Amira dan seluruh team kerja mereka. Fattah menyeru agar warganet sentiasa menjadi orang yang baik dan mengatakan benda-benda yang baik sahaja.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dia tak bukak aib pun…. Tapi ada pihak yg sebar bende P&C… Salah sape…??? Haaaa… Fikir la sendiri.. “
” Klu dia bukan ayah yg baik, die xpeduli pun hal anak dia…. Syukur lah dia ambik tahu, syg anak dia… Betapa ramai ayah kt luar sana xpeduli pasal anak.. “
” Pelik2 manusia skarang ni..bila ada ayah x ambik tahu pasal anak langsung..dah 1 masalah. Bila ada ayah yg bersungguh nk bertggjwb dlm hal anak..dikecam pulak.. “
” Saya sokong fatah betul apa yg fatah buat tu berlaku adil lah dlm hak penjaan anak. Fattah sayang Fatima, tu main pointnya.. “
” Biar la fatah, awak dengn fazura je tahu hal Yg sebenar, natizen2 Yg memandai2 tu biar la mereka dengn dosa2 meraka, diam xsemestinye kalah, hidup bukan untuk puas kan hati manusia.. “
” Ramai lelaki luar sana lupa anak selepas cerai. Terbukti FA tidak lupa tapi betul2 sayang Fatima. Mahkamah kata perkara blh bincang tak perlu dibawa ke mahkamah. Betul semua benda blh bincang tapi ia jg bergantung samada belah sana nak bincang atau tidak.. “
” Ambik berat salah, tak ambik berat pun salah.. Terus kn menjadi org baik Fattah ckp yg baik2 x rugi menjadi org baik semoga Allah balas yg baik2 juga semoga Allah melindungi keluarga Fattah.. “
Pastinya Fattah sudah memikirkan baik dan buruk serta keputusan yang sewajarnya sebelum melakukan sebarang tindakan. Sama-sama kita mendoakan agar semua urusan Fattah dan Fazura dalam membesarkan Fatima berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti1 day ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Comel betul Dato’ Siti menari. Tak relaks yang seluar hijau tu. Nak patah pinggang nengok, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ini jujur yer, bukan untuk.. ” – Aliff Aziz

