Artis / Selebriti
” Another level Intan ni, hadiah dia bukan kaleng-kaleng.. ” – Netizen
Video Intan Najuwa Menerima Hadiah Seekor Kuda Putih Daripada Suaminya, Datuk Azraf Azman Sempena Hari Lahirnya Raih Perhatian Ramai. Wah Special Betul Hadiah Birthday Intan, Nama Kuda Pun Comel !!
Umum mengetahui baru-baru ini, pelakon cantik Intan Najuwa telah pun selamat mendirikan rumahtangga bersama seorang ahli perniagaan iaitu, Datuk Azraf Azma. Majlis pernikahan pasangan ini telah diadakan di sebuah hotel mewah, One and Only Desaru Coast di Desaru, Johor.
Meninjau di akaun TikTok Intan, telah berkongsi satu video yang memaparkan Intan berada di The Royal Selangor Polo Club dan sedang melihat seekor kuda berwarna putih. Tulis Intan di kapsyen mengatakan yang dirinya menerima hadiah yang terbaik pada hari jadinya daripada suami tersayang.
Menerusi video tersebut, Intan kelihatan sedang mengusap badan kuda itu yang sedang makan rumput. Tulis Intan lagi, Intan begitu teruja saat kali pertama melihat hadiah hari lahirnya dan Intan telah memberikan nama ‘Trulala’ buat kudanya.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet dan ada yang mengatakan betapa beruntungnya Intan memiliki hadiah yang dikatakan nilainya begitu mewah. Sehingga kini video Intan mendapat hadiah kuda telah menerima puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
@intannajuwaaa The best birthday gift ever from Husband 🥺💝 Welcome to the fam bam, Trulala 🐎
Di ruangan komen telah dipenuhi ucapan hari jadi dan warganet turut berkongsi rasa keterujaan yang sama dengan Intan. Antara komen-komen menarik adalah :
” Another level Intan ni, hadiah dia bukan kaleng-kaleng. Bertuah Intan, rezeki dri Allah jua.. Tahniah ye, semoga kekal hingga akhir hayat.. “
” Lain macam gift dia ea, mmg limited betul.. Happy birthday Intan, semoga diberikan kesihatan yang baik dan bahagia bersama suami slalu.. “
” Bestnye dapat kuda, blh berjalan dgn kuda petang2. Untung dapat suami yg selalu sweet.. Happy birthday Intan.. “
” Selamat hari lahir Intan, wahhh hadiah kuda beb… Kita yang tengok pun teruja sama.. Comel betul warna kuda.. “
” Kereta axia rahmah pun i duduk fikir sampai harini nak beli, dia beli kuda wehh, adudududududu luar biasa.. “
” Birthday aku 25/9 ni harap husband aku nampak la post Intan ni. Dapat keychain kuda pun jadi ler, hehehe.. “
” Dunia Intan macam dunia seorang puteri.. Sape tahu harga sekor kuda ni berapa.. Share la.. Sbb tgk tmpt tinggal kuda ni pon bkn biashe2.. Btw selamat hari lahir Intan.. “
Wah bukan biasa-biasa hadiah yang diterima oleh Intan, memang ‘special’, malah nama yang diberikan oleh Intan buat kudanya pun comel. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat hari lahir kepada Intan, semoga Intan terus bahagia bersama suami dan segala urusan Intan sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok intannajuwaaa, IG intannajuwa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

