Artis / Selebriti
” Anggun sangat Dato’ Maziah ni. Cantik betul, patut menurun ke Ummi.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video Ummi Nazeera bercerita mengenai pengorbanan mamanya, Dato’ Maziah buat ramai yang kagum dan tersentuh. Bukan biasa-biasa rupanya mama Ummi ini. Wanita yang hebat dan kuat. Dah berusia pun cantik sangat..
Meninjau entry di akaun Tiktok Nona, telah dikongsikan satu video throwback wawancara bersama pelakon berbakat besar, Ummi Nazeera. Ummi ditemui ketika sidang media drama terbaru lakonannya, Andai Tiada Dia yang kini sedang ditayangkan di kaca TV.
Menerusi video perkongsian ini, Ummi diajukan soalan mengenai gaya dan cara Ummi mendidik anak-anaknya, Ayra Aneesah dan Aysha Arsylia. Ummi menerapkan sejak kecil supaya 2 orang anak perempuannya ini akrab dengan ayah mereka, Dr Izzar Anwari.
Ummi pernah melalui kehidupan sejak kecil tanpa susuk tubuh seorang ayah dan hanya dijaga oleh mamanya yang berstatus ibu tunggal, Dato’ Maziah. Kongsi Ummi, ketika kecil dahulu dia tidak memahami segala sedih duka mamanya tetapi apabila sudah dewasa, dia merasa sebak dengan segala pengorbanan mama untuk membesarkan anak-anak.

Tambah Ummi lagi, mamanya seorang wanita yang kuat dan tidak pernah menunjukkan segala kepayahan dan kesedihan. Mamanya juga seorang yang susah untuk meminta walau pun mahu kan sesuatu. Kerana itu Ummi berusaha untuk membahagiakan mamanya itu walau dengan sekecil-kecil pemberian.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@nona.my Dibesarkan oleh seorang ibu tunggal, pelakon jelita berbakat besar Ummi Nazeera kagumi pengorbanan bonda tercinta, Dato’ Maziah Musa. Walau tiada figura bapa sejak kecil, Ummi akui amat mementingkan bonding anak-anak bersama suami agar mereka mendapat perhatian dan kasih sayang seorang bapa sepenuhnya. @umminazeera @izzar @maziahmusa Ummi ditemui sewaktu sidang media drama terbaru, Andai Tiada Dia akan ditayangkan bermula 21 Oktober nanti di Astro Ria. #majalahnona #umminazeera
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 32 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Cantik Dato’ Maziah ni.. Betul apa yg ummi ckp tu. Ayah kena rapat dgn ank perempuan spy dia tak cari kasih sayang kt luar.. “
” Umi ni anak Dato’ Maziah.. orang kaya raya ni.. harta mak Ummi 7 keturunan pun tak habis.. wanita yang kuat kerja.. “
” Matang sangat cara dia bercakap, suka tengok semua lakonan Ummi ni.. dia ada jiwa yang buat semua merasai sama.. “
” Masya Allah lawanya mak Ummi.. umi dengan mak dia macam adik beradik.. sama-sama cantik.. kekal bahagia bersama suami tersayang.. “
” Cantik betul mak Ummi ni, patut menurun ke Ummi.. Mak ummi cantik, ummi maniss tak puas tengok.. “
” Yes true… bila Allah hadir kn aku ank2 aku lg suka ank2 rapat dgn ayah terutama perempuan supaya dia tak tagis kasih dgn org luar ayah adalah cinta hati dia pertama … i feel that.. “
” Cantik anak beranak, Subhana Allah mama umi seorang yang kuat.. Anggun sangat Dato’ Maziah ni.. suka sungguh tengok ummi nazeera.. “
Idola yang menjadi panduan Ummi dalam melayari kehidupan. Sekuat mana mamanya, sekuat itu juga lah yang Ummi harapkan untuk dirinya pada masa akan datang. Semoga Ummi bahagia selalu bersama mama, suami dan anak-anak tersayang dan menikmati kegembiraan bersama-sama.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Nona, ig maziahmusa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti20 hours ago Artis / Selebriti20 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
