Artis / Selebriti
” Anggerik side eye and look up and down is so real weh, haha.. ” – Netizen
Gelagat Adira Suhaimi Membuat Video Content Terbaru Bersama Anaknya, Anggerik Buat Ramai Terhibur. Fuhh Dahsyat, In Character Betul Si Kecik Tu. Haha !!
Bagi yang mengikuti penyanyi Adira Suhaimi di akaun Instagram pasti mengetahui yang Adira sering memuatnaik pelbagai video content bersama anak-anaknya. Yang paling menonjol adalah anak sulung Adira iaitu Anggerik yang dikatakan pandai membawa watak lakonan yang diberikan kepadanya.
Ramai mengakui sangat terhibur dengan perkongsian video oleh Adira dan mengatakan Adira begitu kreatif dalam menghasilkan video yang menarik. Terbaru, sekali lagi Adira berkongsi video lakonannya bersama Anggerik. Tulis Adira, di rumah juga mempunyai teman gaduh.
Menerusi video tersebut, Adira dan Anggerik berada di luar rumah. Mereka saling memandang antara satu sama lain seperti tidak berpuas hati. Sekali lagi video ini mendapat perhatian warganet kerana gelagat Anggerik menerusi video itu mencuit hati ramai.

Seloroh peminat meminta mana-mana pengarah drama mengambil dua beranak ini bergandingan berlakon bersama. Sebelum itu, Adira turut berkongsi video yang memaparkan Adira mahu mengeringkan rambut Anggerik menggunakan pengering rambut tetapi tidak dipasang suis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur melihat gelagat Anggerik berlakon. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Anggerik side eye and look up and down is so real weh, haha.. Boleh lah mana2 pengarah drama ambil Adira dan Anggerik berlakon.. “
” Dah nampak budak kecik ni nanti akan jadi pelakon yang hebat.. Betul2 menjiwai watak yang dia dapat, hahahaa.. Mata tu tajam betul tengok.. “
” Dgn pakai mcm kain batiknye dgn mata nya, subhanallah geram je ak tgk bdk ni jgn lupa anggerik bawak penyapu ye, hahaha.. “
” Ada tak producer nk amik anak beranak ni berlakon… Tolong2.. Meletopp dua2 ni hahaha.. Suka betul tengok Adira dan anak dia.. “
” Anggerik pon sama naik mcm mumy dia.. Sama2 in character.. Mnjadi btul berlakon.. Hahaha mana tahu nanti besar jadi pelakon hebat.. “
” Muka geram tak puas hati dia tu macam nak minta pelempang, hahaha… Geram plk tengok dua beranak ni.. Makin menjadi2, hahahahahaa.. “
” Makin lama makin aku tgok ank Adira ni makin lama aku nak jdi bestie die wehhh, hahaa.. Aku tak tau asal pdhl aku pon dh nk msuk tittle ibu dah hahahahahaha.. “
Mantap lakonan Anggerik sekarang, cara Anggerik menjelingkan matanya memang saling tak tumpah seperti Adira, patut lah ramai yang terhibur. Mana tahu nanti ada rezeki Anggerik bertapak dalam bidang seni. Jika tidak bergelar penyanyi, mungkin seorang pelakon yang sangat berbakat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG adira.suhaimi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen



