Connect with us

Artis / Selebriti

” Angah tak hilang satu kaki, Angah tambah.. ” – Nik Haznita

Video temubual 2 beradik OKU viral menjual cendol, Nik Haznita dan Nik Haziera buat ramai tersentuh. Part kata-kata daripada abah apabila anak-anaknya hilang kaki tu paling sebak. Menangis Bella dan Nabil dengar..

Nik Haznita dan Nik Haziera menjalankan perniagaan cendol meleleh di Kampung Seri Lebak, Temerloh menjadi viral di media sosial kerana kegigihan mereka berniaga walaupun hanya memiliki satu kaki. Untuk yang tidak mengetahui, 2 beradik ini kehilangan kaki akibat kemalangan jalan raya pada 2 tahun lalu.

Kecederaan parah yang dialami oleh kedua-duanya menyebabkan sebelah kaki mereka terpaksa dipotong. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Haznita dan Haziera hadir ke konti Era sebagai tetamu jemputan.

Haznita diajukan soalan oleh Radin mengenai perasaannya ketika mengetahui kakinya sudah dipotong mengundang sebak warganet. Jawapan yang Haznita berikan membuatkan Nabil, Radin, Pak Azad dan Bella sebak dan menitiskan air mata.

Semuanya kerana seorang insan yang bergelar Abah. Kata-kata yang Abah berikan kepada Haznita pada waktu itu menjadi sumber kekuatan dan penenang untuk Haznita meneruskan kehidupan sehingga ke saat ini. Besarnya pengorbanan seorang abah demi melihat anaknya terus kuat dan bersemangat untuk hidup.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :

” Mereka sgt kuat….wanita hebat..semoga Allah sentiasa bersama mu dik..murahkan rezeki dn mudahkan setiap urusan mu.. “

” Laa hawla walaa quwwata illaa billah.. hebatnya figura 1 org abah menjadi pelindung Dan penguat semangat ank2..Barakallaahufiikum..”

” Allahuakbar.. meremang dengar sambil nangis.. seorg abah yg hebat, seorg ibu yg penyayang dan ank2 yg kuat.. semoga Allah lindungi kamu sekeluarga.. “

” Bagusnya sentiasa positif. Semoga adik berdua ini sentiasa dipermudahkan hidup. Kaya di dunia dan akhirat. Aamiin.

” awak antara manusia contoh supaya org2 kat luar sana tak cepat putus asa dengan hidup,selalu bersyukur,terima kasih awak berdua dh kongsi cerita dengan kami..awak berdua anak2 yg hebat..ayah mak awak berdua sama2 hebat..terima kasih dh bagi contoh yg baik buat kami..wajib kisah kamu berdua ni viral seantero dunia.. “

” Part ni sy pun ikut mngis msa tgok live.. Sbb tu pentingnya support system yg supportive dan positif..keluarga yg hebat.. “

” Sebut je Abah terus aku menangis.. Kuat betul semgt Dua brdik ni klau sya da lju air mta kuar sedgkn video dia tular air mta sya berjurai dah.. semga trus semgt trus kuat semga dipermudahkn urusan semga perniagaan cendol meleleh lku keras…dimurahkn rezki,siht selalu.. “

Di sebalik kuatnya Haznita dan Haziera adalanya sosok seorang abah yang sentiasa menjadi tulang belakang mereka. Semoga segala pengorbanan abah ini akan dibalas dengan pahala yang berganda oleh Yang Esa. Buat Haznita dan Haziera, teruskan melangkah dan gapai cita-cita kalian berdua.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Era, Portal Sinar Plus

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Garnier

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
🏥 Kesehatan: KesehatanPendidikan📰 Berita🏛️ Politik: Politik🎬 Hiburan: Hiburan⚽ Olahraga: Olahraga💻 Teknologi: Teknologi💰 Ekonomi: Ekonomi
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized