Artis / Selebriti
” Angah ni memang nampak tulus ikhlas. Bahagia lah kalau ada kawan sebegini.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Angah Raja Lawak Kongsi Impiannya Menerusi Lukisan Buat Ramai Tersentuh. Alahai Sweet Lah Angah. Siap Ada Gambar Jep, Rahim Dan Elizad Di Rumah Kampung. Kawan Hingga Tua !!
Bagi yang suka mendengar radio Sinar pada waktu pagi pastinya akan terhibur dengan celoteh penyampai-penyampainya iaitu Jep, Rahim, Angah dan Elizad. Gabungan mereka berempat kelihatan sangat serasi dan menceriakan suasana pagi.
Meninjau di akaun Instagram Sinar, telah berkongsi satu video yang memaparkan telah menjemput Dr Rafidah, Kaunselor Berdaftar dan Pengasas Terapi Nurani REST Aplikasi Seni Ekspresif untuk berbincang mengenai isu kesihatan mental.
Menerusi satu segmen, Dr Rafidah telah meminta Jep, Rahim, Angah dan Elizad untuk melukis apa yang mereka rasa di dalam hati. Lukisan yang dikongsikan Angah telah menarik perhatian warganet. Kelihatan Angah telah melukis sebuah rumah yang pemandangannya di tepi sungai yang bertajuk ‘ Kawan Sampai Tua’ .

Jelas Angah, dia membayangkan kehidupan di hari tua membawa rakan-rakannya, Jep, Rahim dan Elizad datang ke rumah kayu dan bersama-sama menikmati keindahan suasana tersebut sambil mandi sungai. Kedengaran dalam video itu juga, suara Elizad begitu terharu mendengar luahan Angah.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian tersebut dan memuji sifat tulus Angah dalam berkawan. Antara komen-komen menarik adalah :
” Terima kasih Angah untuk kasih sayang setulusnya dalam ukhwah yang terjalin antara kalian di SINAR ‘Kawan Sampai Tua’ .. “
” Angah ni memang nampak tulus ikhlas. Bahagia lah kalau ada kawan sebegini. Semoga impian Angah tercapai nak buat rumah di kg.. “
” Cute lah Angah, tapi Angah buat saya rasa seb4k tak pasal air mata mengalir. Rindu pula pada kawan2 dulu, kawan hingga tua.. “
” Semoga impian Angah akan tercapai, memang nampak tulus dari hati apa yang Angah cakap tu, sweet lah dapat kawan macam Angah ni.. “
” Angah tak lupa kawan2, tengok lukisan tu terus teringat zaman kanak2. Memang suka lukis pemandangan macam tu dulu2.. ”
” Sejibik macam kita lukis zaman sekolah kena buat lukisan pendidikan seni dulu. Terharu lah dengar impian Angah tu, moga tercapai, insyaallah.. “
” Serius best dengar talk Dr Rafidah, baru lepas ikuti seminar al-nafs beliau last week. Terapi seni beliau, terapi paling sesuai digunapakai sekarang ini.. “
Alahai memang tersentuh tengok lukisan Angah dan dengar apa yang Angah impikan. Apa-apa pun semoga segala impian Angah tersebut akan dimakbulkan oleh Allah dan moga Angah serta rakan-rakan lain akan terus berjaya bersama dalam apa jua bidang yang diceburi.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sinar_my, angah_lawaking
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
