Artis / Selebriti
” Andai kacak yang puan cari. Maaf dipinta, bukan patik yang puan cari.. ” – Haikal Anuar
Video reaksi tunang Bella Park, Haikal Anuar ketika Bella sedang live dengan Fattah Amin buat ramai terhibur. Habis lah Bella nak kena memujuk si Haikal. Frust sangat encik tunang tu. Siap letak lagu patah hati, hehe..
Bagi yang mengikuti perkembangan Tiktoker Bella Park, pastinya mengetahui yang Bella kini bergelar tunang kepada seorang pemuda bernama Haikal Anuar. Kisah percintaan pasangan ini seringkali mencuit hati pengikut mereka kerana sikap mereka yang kelakar.
Seperti pasangan yang lain, ada masanya sweet dan ada masanya ‘bergaduh manja’. Setiap kali ada Bella kongsikan video yang ada penampilan lelaki lain, pasti Haikal akan menukar status bio di profile Tiktok miliknya. Sebelum ini drama ‘gaduh-gaduh manja’ kerana abang Kek Dubai dan terbaru si duda terhangat di pasaran, Fattah Amin pula.
Meninjau entry di akaun Tiktok Haikal Anuar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Haikal merakam aksi Bella ketika live bersama Fattah. Melihat Bella bersama lelaki pujaan ramai live bersama, respon Haikal menggeletek hati warganet. Haikal turut meletakkan lagu sedih dan patah hati di video tersebut.

Yang sudah mengenali Haikal terus melihat status di bio Haikal dan ternyata Haikal menukar statusnya dengan menulis perkataan ‘Aaminn’ disertakan dengan emoji menadah tangan. Semakin seronok warganet mengusik Haikal selepas melihat status bio bertukar. Alamak saingan kali ini terlampau hebat lah Haikal, hehe. Jangan ambil serius, ini hanyalah gurauan mereka sahaja.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@kall_anuarr Igtkan kek dubai last🥹 #fypシ
@kall_anuarr 🚶🏼➡️ #fypシ
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 180 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Hampa tengok bio Bella tulis apa.. dia yang doa dia la amin.. gigih aku pi stalk haha.. “
” Haih. kawen la cepat sikit. jenuh la bellapark nak pujuk haha.. aku blk² tgk bio c haikal ni gara² bella park la ni. lucu ba.. “
” Ke sini lepas tengok bella park live dengan fattah amin haha. auto tengok bio Haikal.. hat ni aamin tadah tangan haha.. “
” Baru ptg taksat damai ngan abg kek dubai, malam abg fattah plk.. esok bio haikal, haikal amin haha.. “
” Kalini saingan paling sengit sikit.. Baru lepas berdamai dengan kek dubai, muncul pulak fattah amin.. “
” Aku la mat Haikal ni, tak boleh blah lahh haha. dan dan bio haikal tulis Aamiin.. laju aih mat haikal tukaq bio.. “
” Terhibur sungguh aku ngn si mat haikal nie. Bio Haikal tukaq plak. Aamiin.. aduhh kene layan episod fattah amin lak.. haha.. “
” Ahh sudah drama baru pulak.. berat episod kalini . baru semalam jaa berbaik haha.. Hahaha dia yg teman dia yg tersakiti.. “
Begitu lah Haikal tunang tercinta Bella Park. Status bio pasti akan bertukar mengikut situasi semasa dan menjadi hiburan untuk semua pengikut Bella terutamanya. Apa-apa pun, ini hanyalah gurauan semata-mata. Pasangan ini difahamkan akan berkahwin tidak lama lagi. Sama-sama kita mendoakan kebahagiaan mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Kall_anuarr
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


