Artis / Selebriti
” Anak menantu sempoi, ada bakat dan kelebihan masing-masing memasak.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video menu masakan yang disediakan oleh Sheila Rusly bersama menantunya, Elisya Sandha dan Beatrice Chitra raih perhatian ramai. Wah, nampak menyelerakan ke semuanya. Untung Sheila, menantu baru pun hebat memasak sama macam Elisya juga. Bunga pun tolong kat dapur juga..
Meninjau ke akaun Instagram Sheila Rusly, perkongsian sebuah video yang memaparkan menu masakan yang disediakan oleh Sheila Rusly serta dua orang menantunya untuk juadah berbuka puasa telah meraih perhatian ramai orang.
Elisya Sandha sememang sudah kita tahu seorang yang pandai memasak, namun tidak kurang hebat juga buat Beatrice Chitra. Beatrice menyediakan juadah Ayam Tulang Lunak yang nampak cukup menyelerakan. Lapar dibuatnya apabila melihat juadah tersebut.
Elisya pula menyediakan Sambal Tomat dan Sambal Kicap. Wah, ini pun boleh membuatkan nasi bertambah. Sheila pula menyediakan menu gulai utara sotong. Sangat bertuah Sheila mempunyai menantu yang rajin ke dapur dan pandai memasak.

Perkongsian video ini telah meenrima lebih 43 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Tidak ketinggalan juga buat cucu Sheila iaitu Bunga Elhaq yang membantu kerja-kerja di dapur. Selepas ni Bunga pula pandai memasak, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Ramai yang memuji keluarga ini yang rajin memasak dan nampak menyelerakan. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Anak menantu mak mertua sempoi,ada bakat dan kelebihan masing-masing memasak,aku yg tengok jadi terliuaq sebab sedap belaka menu semua tu, Alhamdulillah selamat berbuka puasa sis Sheila dan family.. “
” Aku dah makan tadi. Tapi bila aku tgk ni jadi lapaq lagi.. Dapat menantu serta mertua yang baik, satu rahmat .. Gulai sotong tu nampak menarik. Boleh ke nak minta izin, nak resepi nye? “
” Sis now your kitchen is getting better with the new daughter in law .. Mertua dan Menantu kiriman tuhan. Tak lama lagi merasa air tgn Bunga pulak.. “
” Rajin sungguh cok bunga kita..bantu my sis.kat dapur..dah nampak bakal.ikut sis dlm dunia masakan..semua juadah menyelerakan terbau2 sampai ipoh haaa.. “
” Makin bsr makin comel, cantik bunga ni.. Yg paling chef si kecik molek tu.. Cuteee je.. Rajin cam Nana dgn Mama dia.. Salam Nisfu syaaban sis.. “
” Dah besar muka bunga macam mommy, gemukkkk lahhh makan bertambahhhh kalau saya mcm ni . lauk kampung memang shooooosheedaappp.. “
” Makin meriah menunya…siap ad menu international ..Selamat berbuka sis sekeluarga..Salam nisfu sya’ban.. Hebat sis dlm mendidik ank menantu.. “
Wah, memang nampak sedap-sedap belaka menu yang disediakan. Masing-masing memainkan peranan untuk menyediakan juadah. Nampaknya bulan Ramadhan yang bakal tiba nanti akan lebih meriahlah juadah berbuka puasa yang disediakan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sheilarusly
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti16 hours ago Artis / Selebriti16 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															
