Artis / Selebriti
” Amir yang tak reti duk diam. Dah bosan tu macam-macam aksi dia buat.. ” – Netizen
Video Throwback Di Sebalik Tabir Gelagat Amir Ketika Hadir Ke Rakaman Program MeleToP Buat Ramai Terhibur. Alahai Amir, Jujur Betul Ni. Memang Jadi Diri Sendiri, Tak Hirau Orang Lain. Comel Je Tengok Telatah Amir Tu. Sampai Mencangkung Terus, Haha !!
Sebelum bersiarannya The Chosen One episod final, para peserta akhir iaitu Amir, Khalyn, Erika dan Dayana telah pun diundang ke program MeleT0P. Mereka menghiburkan para penonton dengan persembahan secara live dan Amir antara yang dinanti-nantikan.
Meninjau akaun Tiktok Amir Sisi Unik Official, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan di sebalik tabir program MeleToP. Dapat dilihat Khalyn, Dayana, Erika dan Amir diberikan briefing oleh salah seorang kru MeleToP. Gelagat Amir yang tidak reti duduk diam mendapat perhatian ramai.
Orang lain elok berdiri, Amir pula mencangkung sambil mendengar arahan yang diberikan. Bagi yang mengikuti Amir tentu sudah tahu dengan perangai Amir yang tidak reti duduk diam itu. Setelah lenguh mencangkung, Amir bangun berjalan ke sana ke mari pula.

Gelagat selamba dan spontan Amir itu menghiburkan warganet yang menonton video ini. Kerana keperibadian Amir yang tulus dan jujur ini lah yang membuatkan ramai jatuh hati pada Amir. Pasti terubat rindu peminat Amir melihat video Amir ini.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@amir.sisiunukoffi Orang kata jenis ni akai panjang,puaih kejar.Setiap mereka ada keistimewaan masing2,..#amirsisi #amirthechosenone #fypシ #berandatiktok #evolusibintangbaharu #diaridaripedalaman #tco
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Amir yang tak reti dok diam… very selamba buat macam tak ade pape jer hahaha. Tak boleh nak move on lagi dengan si Amir ni.. ”
” Heheh.. seronok tengok budak berempat ni. semua ada bakat tersendiri. semoga Allah murahkan rezeki mereka. amin.. ”
” Rindu dekat gelagat selamber Amir.. Amir yang sempoi hehe.. Lepas ni rindu dengan telatah Amir.. ”
” Tersangat comel Unuk.. dia paling kecik dekat situ.. Rindu gelagat celoteh Amir.. kelakar pun ada.. Amir Amir.. ”
” Tengok adik Amir lebih suka buat hal dia sendiri hehe.. amir tak de geng, semua geng hakak hakak. dia seorang je laki, apa apa pun terbaik Amir.. ”
” Unuk dah bosan tu macam-macam aksi dia buat haha.. Unuk tetap unuk.. ke mana-mana pun tetap jadi diri sendiri, takde nk cover ni.. memang selamber.. ”
” Budak cerdik tak payah pikir nak hafal lagu dan bila nak masuk tempo haha.. always ready. Good boy amir.. ”
Bak kata cikgu kepada Amir sebelum ini, Amir memang budak yang jujur dan tidak ada benda yang hendak disembunyikan. Perangai Amir memang sempoi macam tu. Bagus Amir tetap menjadi diri sendiri. Semoga Amir terus berjaya baik dalam pelajaran mahupun bidang nyanyian.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Amir Sisi Unuk Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen



