Artis / Selebriti
” Amir World dengan Mawi World lah. Comelnya Amir joget, makanan Amir lagu ni.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Sedutan Video Amir The Chosen One Minggu Separuh Akhir Minggu Hadapan Cur1 Perhatian Warganet. Wah Amir Berduet Dengan Mawi World Lah. Aura Bertemu Aura, Memang Gempak Lah. Lagu Pun Lunak Merdu !!
Minggu hadapan bakal menyaksikan bintang-bintang The Chosen One beraksi untuk minggu separuh akhir dan siapa yang akan berjaya untuk menempah tempat ke final The Chosen One. Amir Sisi adalah peserta kegemaran ramai dan menjadi sebutan sebagai salah seorang finalis.
Meninjau akaun Instagram Astro Ceria, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan persembahan semua bintang pada minggu hadapan. Bagi tugasan minggu ini, peserta akan berduet bersama artis jemputan dan menyampaikan lagu duet mereka.
Amir dipasangkan dengan figura tersohor Mawi World. Padan dan kena pasangan duet ini kerana Amir sering dikatakan mempunyai aura seperti Mawi suatu ketika dahulu. Lagu Lemak Manis menjadi pilihan dan genre ini memang sesuai dengan tone suara Amir yang mendayu-dayu.

Walaupun pendek sahaja video ini, dapat dilihat Amir semakin berani beraksi di pentas dan tidak lagi malu-malu memandang kamera. Bukan main Amir minggu ini, siap berjoget lagi ye. Dato’ Awie pun kata Amir semakin banyak kemajuannya minggu ke minggu.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Confirm mesti minggu depan Adik Amir ni lemak lagi suara dia .. semoga berjaya adik Amir dan Coach Putera Muhammad.. ”
” Lemak manis Amir, nak tengok adik Amir je.. Sokong adik amir dan mawi, memang berlemak manis lah dua-dua suara lunak merdu.. ”
” Banyak kali ulang video nie, sipi-sipi je adik amir keluar, tak puas hehe.. tak sabar rabu depan.. mybe sebab dia dh start ada lenggok badan dari yg sebelum², dulu malu² lagi, so jadi excited nk tengok.. ”
” Aduhaaaai….. dah macam pungguk rindukan bulan dah tunggu episod seterusnya… adik Amir. dah 5 kali aku ulang2 ni sikit je dpt tgk adik amir. tu pun dah melemak suaranya, tak sabar.. ”
” Adoiii saje dia bagi sipi-sipi amir dengan mawi.. menanti hari rabu satu penyiksaan haha.. lama sangat macam tunggu setahun.. amir punya penangan.. mawi world bertemu Amir world, fuh kebaboom lah minggu ni.. ”
” Amir dengan mawi ooo fenomena malaysia, padu la lagu pun sesuai betul. Comelnya Amir joget, makanan Amir lagu ni.. lemak manis ala amboi2.. alaa. tak sabar nk tunggu rabu dpn,.. adehhh.. unuk unuk.. ”
” Wah Amir duet dengan Mawi lah.. Amir world campur mawi world berlemak manis.. Harap amir dpt ke final dan menjadi Juara.. ”

Memang ramai lah yang tak sabar hendak melihat persembahan penuh Amir dan Mawi ni. Dua-dua ada aura dan pernah menjadi fenomena di Malaysia, tentu gempak tengok Amir menyanyi sambil menari. Cute lah Amir, semoga Amir berjaya ke final.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Ceria, Tiktok Astro Ceria
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti22 hours ago Artis / Selebriti22 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
