Artis / Selebriti
” Amboi sakan dia, tang kasut tu tak boleh tahan tengoknya.. ” – Netizen
Video Dan Gambar Sambutan Ulangtahun Kelahiran Anak Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana Yang Ke 9 Tahun Bertemakan Barbie. Wah Cantik Sungguj Ecah Dengan Gaun Pink Tu, Macam Anak Patung. Boleh Pulak Aaisyah Rembat Kasut Mummy Dia, Haha !!
Tanggal 1 November genaplah usia anak perempuan pelakon dan usahawan Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana yang ke 9 tahun. Aaisyah yang mewarisi wajah kacukan mat saleh daripada daddynya, Zain Saidin membuatkan si cilik ini kelihatan cantik walaupun masih kecil.
Sebagaimana tahun-tahun sudah, sambutan ulangtahun kelahiran Aaisyah pastinya gah dan meriah. Meninjau akaun Instagram Aaisyah Dhia Rana, telah dikongsikan beberapa buah posting yang memaparkan gambar dan video sambutan hari istimewa Aaisyah itu.
Tahun ini, tema Barbie menjadi pilihan Che Ta untuk Aaisyah. Dengan dekorasi berwarna merah jambu, ruangan bilik Aaisyah dipenuhi dengan belon berwarna yang sama. Aaisyah juga disiapkan dengan gaun dan mahkota di atas kepalanya. Cantik kek Barbie Aaisyah, teruja sungguh Aaisyah diraikan sebegini.

Tidak hanya kek Barbie, ada lagi kek lain yang disediakan untuk si cantik manis ini. Kecantikan Aaisyah ini juga menjadi perhatian warganet dan ramai yang suka melihat wajahnya. Ada juga yang menyamakan wajah Aaisyah seperti Che Puan Juliana Evan semasa kecil.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ini bukan comel dah, ini tahap cantek g1la weyyy.. ahhhh, cantiknya Aaisyah Dhia Rana ni.. macam anak patung barbie..”
” Bagus lah si aaisyah ni.. tak membazir barang-barang mak dia.. abis heel mak pun kena rembat hehe. comel lah Aaisyah ni.. ”
” Apsal aku tgk dia mcm cik puan Juliana masa kecik.. Juliana Evan versi mini.. Kemain dia, kasut che ta dia rembat haha.. ”
” Jangan sengih Aisyah. Dah cantik, tiba-tiba ternampak kasut. suka betul Aaisyah melaram dengan kasut che ta.. pandai bergaya sungguh princess ni.. ”
” Selamat Hari Lahir Aaisyah. Anty tersenyum bila tengok kasut tu haha. Pas ni besaq skit abis la kasut2 momy hang.. ”
” Amboiiii sakan dia noh.. comey sungguh.. tang kasut Tu xleh tahan tgk nya.. boley DIA pakai tggi2.. betui besaq mcm bukan mcm umuq dia dah.. HB 2 u aisyah barbie. sekejap ja dah besaq ngasa kecik ja tgk dia.. ”
” Kasut bedal mak dia punya haha. yang penting nampak herlokk. comel ecah ni.. barbie cute tak ada gigi pun.. ”
Apabila ada anak suka melaram macam ni, habis kasut Che Ta kena ‘rembat’ dengan Aaisyah. Bergaya lah macam mana pun, Aaisyah memang comel. Selamat hari lahir Aaisyah Dhia Rana, semoga Aaisyah dikurniakan kesihatan yang baik dan menjadi anak yang solehah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Aaisyah Dhia Rana, ig Cheta Viral
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman



