Artis / Selebriti
” Amad dah back on track, terpesona dengan performance Amad. Vokal power.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video persembahan Amad Dayyan mendendangkan lagu Aku Lah Arjuna di Konsert Final Talk To My Manager buat ramai terpegun. Wah, Amad is back. Kali ini, Amad bagi all out. Part tarik tu meremang dengar, padu lah Amad..
Walaupun lahir dalam keluarga seni yang namanya sudah gah dalam industri, Amad Dayyan tidak dibiarkan terlalu selesa oleh ibunya, Siti Sairah Taruddin. Saban minggu, Siti Sairah akan memastikan Amad memberikan persembahan yang terbaik untuk membuktikan bakat seni Amad itu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram F8buzz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan Amad di konsert Final Talk To My Manager yang telah pun berlangsung semalam di Auditorium MBSA Shah Alam. Lagu solo nyanyian Amad berjudul Aku Lah Arjuna dinyanyikan dengan caranya yang tersendiri.
Mendapat tunjuk ajar dan nasihat daripada Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Amad bangkit dan memberikan kejutan dalam persembahannya semalam. Lebih bertenaga dan menonjolkan kemampuan sebenar vokal Amad, persembahan itu menghiburkan penonton di auditorium dan juga di rumah.

Amad juga menunjukkan skill melibas bola takraw ketika di akhir persembahannya. Bergema sorakan untuk Amad dan Amad adalah calon juara yang disebut-sebut oleh warganet. Juri juga memberikan komen yang positif untuk persembahan Amad dan memuji vokal Amad itu.
Jom tonton video di bawah :
@f8buzz Memang champiom kata AC Mizal 😅🤣 Amad X Siti Sairah 🎤✨ Talk To My Manager minggu tujuh, konsert akhir! Siapa pengurus terbaik, artis mana bakal juara sulung?! 📅 Setiap Ahad ⏰ 9 malam 📺 Astro Ria (CH.104) • Astro Go • sooka 👑 Hos: Datuk Aznil Hj. Nawawi Juri: Che Puan Sarimah & Dato’ AC Mizal #f8buzzhiburan #TalkToMyManager #AstroRia #RealityShow #sitisairah
@f8buzz Amad tunjuk skil takraw di 🔥💪🏻 Amad X Siti Sairah 🎤✨ Talk To My Manager minggu tujuh, konsert akhir! Siapa pengurus terbaik, artis mana bakal juara sulung?! 📅 Setiap Ahad ⏰ 9 malam 📺 Astro Ria (CH.104) • Astro Go • sooka 👑 Hos: Datuk Aznil Hj. Nawawi Juri: Che Puan Sarimah & Dato’ AC Mizal #f8buzzhiburan #TalkToMyManager #AstroRia #RealityShow #sitisairah
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Buat la dia juara… sedap suara buat album weii.. ada suara tersendiri.. ala2 mamat exists zaman2 dlu.. “
” Disebabkan lagu Arjuna yg amad sampaikan ni sedap, lupa da sape penyanyi asal lagu ni.. all de best amad… vocal terbaikk.. “
” Amad you are the best.. Aunty sangat terpersona dgn performance Amad. Sangat sangat bagus. Terbaik Amad. Aunty is proud of you.. “
” Betul kata D Ac.. suara terbaikk.. yg penting ada rintihan setiap lagu n di nyanyikan. sampai di hati.. lama dah akakk.. tahu… Allhamdulillah.. “
” Vocal dia power.. Amad terbaik mlm ini, tiada apa dpt ku katakan lagi, Terbaik & Mantap.. insyaAllah juara dlm tgn…amad da bole ada single sendiri.. aura mmg kebabom.. “
” 2-3 minggu dia x sihat… Tu dia drop sikit… Tapi bila sihat… Memang hebat budak ni… Suara sebijik sebijik boleh dgr.. part tarik tu memang meremang dengar.. “
” Amad dah back on track.. Vokal mantap, persembahan pentas pun mantap klu mcm ni or lagi gempak minggu depan mmg juaraaaaa pastiiii.. “
Persembahan yang menarik dan kawalan vokal yang mantap daripada Amad. Untuk info, Amad juga menerima Anugerah Vokal Terbaik semalam. Semoga Amad dapat melakukan persembahan yang lebih hebat pada minggu Grand Finale nanti dan berjaya menyandang gelaran juara TTMM.

Silakan SHARE..
Sumber : IG F8buzz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti16 hours ago Artis / Selebriti16 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
