Artis / Selebriti
” Alololo sweetnya. Tak sabar tunggu Ahad ni, dah takde halal gap nanti.. ” – Komen Netizen
Video behind the scene Setulus Takdir Fattah Amira Episod 1. Alahai sweet sangat bakal Rakan Serumah ni. Kita yang tengok pun tersipu-sipu malu, hehe..
Tiada angin tiada ribut, Fattah Amin dan Amira Othman telah pun mengumumkan berita tergempar mengenai majlis perkahwinan mereka yang dijadualkan pada hari Ahad bersamaan 14 September 2025. Hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi, majlis bahagia Fattah dan Amira itu turut ditaja oleh Unifi selaku penyiar rasmi secara live.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Unifi dan Tiktok Unifi Malaysia, telah dikongsikan video behind the scene episod 1 Setulus Takdir Fattah Amira. Episod khas sempena pernikahan Amira dan Fattah ini dirakamkan istimewa untuk peminat FattMira dan banyak rahsia yang didedahkan dalam setiap episod.
Menerusi video ini, warganet ditunjukkan suasana di set penggambaran ketika sesi photoshoot bakal pengantin baru ini berlangsung. Wajah kedua-duanya tidak dapat menyorokkan rasa bahagia mereka kerana hari yang dinanti-nantikan bakal menjelma.

Banyak kejadian sweet sepanjang photoshoot yang membuatkan warganet tersenyum sendiri. Siapa sangka takdir akhirnya mempertemukan Fattah dan Amira dan sudah tertulis jodoh mereka bersama. Seperti hashtag yang digunakan Setulus Takdir Fattah Amira, perjalanan untuk bergelar suami isteri dan mencari syurga bersama-sama.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Semuga rumahtangga kekal bahagia hingga ke jannah . Sakinah mawadah dan warahmah aamin2 ya rabb yeahhh kita happy sgt alhamdulilah semuga majlis di mudahkan berjln dgn lancar.. “
” Alhamdulilllah. Moga menjadi kenangan manis utk selamanya.. Suami minat fattah. Sy fans amira sejak abg bomba. Selepas neelofa kawen, Last artis yg sy tunggu utk wedding adlh amira. Syukur amira da bertemu pasangan. Senang melihat amira bahagia.. “
” Comel sangat.. semoga berbahagia.. kita semua tumpang happy korang.. tak sabar tunggu ahad ni.. dah takde halal gap nanti.. “
” Tak lama lagi boleh tengok abang long pimpin tangan kak long.. Wei kenapa aku sengih sorang.. macam gender review.. insha Allah soon aaminn.. “
” Bila pelakon/pengarah kawin dengan penyanyi. lengkap semua ada drama dgn siap ada lagu kawin sendiri.. “
” Olololo sweetnyerr.. matching² selalu.. sweet la korang ni.. tak sabar part 2 akad nikah ahad ni .. SetulusTakdirFattahAmira.. “
” Saya pulak yang excited.. moment2 sweets ni sebelum sah suami isteri. Semoga sweet selamanya FattMira.. “
Episod 1 pun sudah manis bak madu. Pasti ramai yang tidak sabar menanti Fattah dan Amira sah bergelar suami isteri. Tentu lebih sweet dan romantis Fattah melayani Amira. Apa-apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan agar segala urusan Fattah dan Amira berjalan dengan lancar.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Unifi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

