Artis / Selebriti
” Alolo yang kenik kemain nak cium adik, hehe. Comel adik baby.. ” – Komen Netizen
Video Reaksi Anak-Anak Mia Ahmad, Iris Dan Imaani Ketika Kali Pertama Bertemu Adik Mereka Yang Baru Lahir Curi Perhatian Warganet. Alahai Imaani, Seronoknya Dia. Adik Baby Pulak Comel Sangat !!
Pelakon Mia Ahmad telah pun selamat melahirkan cahayamata keempatnya pada 21 Mei yang lalu. Berita gembira ini dimaklumkan sendiri oleh suami Mia, Izham Tarmizi di akaun media sosial miliknya. Dikurniakan seorang lagi anak, ianya menambahkan lagi kegembiraan dan kebahagiaan keluarga ini.
Meninjau entry di akaun Instagram Mia Ahmad, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan situasi ketika anak Mia, Iris dan Imaani bertemu adik baby mereka buat kali pertama. Izham membawa anak-anaknya ini ke hospital. Kelihatan wajah Iris dan Imaani yang gembira setelah melihat wajah adik baby mereka.
Comel sahaja telatah Imaani yang tersenyum lebar ketika wajahnya didekatkan dengan wajah baby. Mia pula ketawa sahaja melihat kelakuan anak-anaknya ini. Menerusi video ini sudah kelihatan wajah anak keempat Mia ini walaupun tidak dipaparkan secara terus.

Di Instastory Mia pula, gambar terbaru anak Mia dikongsikan kepada umum. Baby Mia ini dipakaikan dengan baju berwarna merah dan kelihatan begitu comel. Rambutnya yang hitam dan lurus sama seperti kakak-kakaknya juga. Alhamdulillah sudah empat anak Mia dan Izham.
Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Mia ini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet setakat ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alolo yang kenik kemain nak cium adik hehehe.. congrats Mia.. Selamat berpantang Mia, semoga cepat cepat sihat mommy dan baby.. aaminn insha Allah.. ”
” Alhamdulillah. tahniah atas kelahiran cahaya mata. semoga sehat sejahtra dlm berpantang. Sukanya kakak dapat jumpa dan sayang adik.. adik pulak comel.. ”
” Seronoknya kakak baby jumpa adik. Syukran alhamdulillah CONGRATS mia.ahm4d izhamtarmizi24 sayf.issa__iris_imaani newborn baby boy.. tokmi doa baby & mom sntiasa sihat walafiat.. ”
” Sukanya Imaani dapat adik.. lama tak tengok mia.. tak sabar nak jumpa anak-anak auntie balik nanti ok.. ”
” Alhamdulillah tahniah dan selamat berpantang mia. Wah wah happy betul kak imaani dan kak iris dapat jumpa baby.. ”
” Alhamdulillah.. tahniah dear Mia & husband.. selamat berpantang.. while me.. last day pantang 60 days.. second baby.. ”
” Seronoknya tengok, rezeki meriah dengan anak-anak.. izham rajin tolong jaga anak.. comel imaani tengok adik baby.. ”
Tumpang gembira warganet melihat telatah anak-anak Mia itu. Seronok sungguh Imaani apabila dapat melihat wajah adik baby. Apa-apa pun, selamat berpantang buat Mia dan semoga Mia cepat sembuh dan baby membesar dengan sihat selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mia Ahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

