Artis / Selebriti
” Allahu, so touched, Amira is so humble. Next bride, Hawa InshaAllah.. ” – Komen Netizen
Perkongsian Hawa Rizwana mengenai Amira Othman buat warganet tersentuh. Sebaknya baca kata-kata Hawa buat Amira. Kata-kata yang menyentuh hati daripada seorang sahabat kepada seorang sahabat..
Malam ini bakal berlangsungnya pernikahan pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Amira Othman. Pastinya ramai peminat yang menantikan pasangan ini disatukan sebagai suami isteri. Bermula dengan bekerjasama dalam music video, tinggal beberapa jam sahaja lagi Fattah dan Amira akan diijabqabulkan.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Hawa Rizwana memuatnaik perkongsian mengenai Amira sempena sehabat baiknya ini bakal bernikah malam nanti. Menurut Hawa, persahabatan mereka bermula ketika Hawa dan Amira menjadi bridesmaid semasa majlis perkahwinan Nabila Razali.
Hawa turut berkongsi gambar dan video kenangan bersama Amira. Tambah Hawa lagi, Amira adalah seorang kakak yang menjadikan diri Hawa seorang yang lebih baik daripada sebelum ini. Hawa turut menitipkan doa semoga Amira dan Fattah bahagia sentiasa.

Perkongsian Hawa ini membuatkan warganet tersentuh. Bertuah Amira dikelilingi oleh insan-insan yang baik yang sentiasa ada dengannya. Malam ini bermulalah chapter baru buat Amira sebagai seorang isteri kepada lelaki yang bernama Fattah Amin.
Ikuti perkongsian di bawah :
(Klik butang KANAN > untuk menonton video dan melihar gambar seterusnya.. )
Kata-kata yang menyentuh hati daripada seorang sahabat kepada seorang sahabat. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan :
” Allahuma amin semoga doa yg baik² ini berbalik jua pada hawa.. MasyaAllah TabarakAllah. Alhamdulillah.. “
” Allahu. So touched. next bride, hawa in shaa allah.. So sweet of you Hawa. moga Hawa juga dikurnia jodoh yg terbaik Aaminn.. “
” Amira So humble.. Aww so suweet hawa.. masya Allah.. “
Sekadar info, pagi tadi berlangsungnya Majlis Khatam Al-Quran Amira. Menerusi video yang dikongsikan sebelum ini, Amira mengalunkan bacaan Surah Adh-Dhuha dan juga Surah At-Tin. Majlis Khatam itu diketuai oleh Ustazah Asni Mansor.

Bagi yang ingin mengikuti majlis pada malam ini, boleh lah menonton secara live melalui aplikasi Unifi TV 2.0. Sama-sama kita mendoakan semoga majlis pernikahan pada malam ini akan berjalan lancar an dipermudahkan semua urusan. InshaAllah..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hawa Rizwana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

