Artis / Selebriti
” Allahu Akhbar, takziah Hannah. Ada hikmah semua yang terjadi.. ” – Netizen
Perkongsian Berita Terbaru Mengenai Hannah Delisha Buat Peminat Sebak. Dugaan Hebat Untuk Hannah Dan Suami. Sedih Baca Ayat Hannah Tu. Terus Kuat Hannah !!
Pelakon cantik manis, Hannah Delisha antara pelakon wanita yang digemari ramai. Melangsungkan pernikahan bersama jejaka pilihan hatinya yang juga merupakan seorang pelakon iaitu Imam Shah, bahtera perkahwinan mereka sudah pun 3 tahun.
Sebagaimana pasangan lain, pasangan ini juga mengharapkan kehadiran cahayamata. Namun Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk Hannah apabila Hannah disahkan keguguran. Menerusi akaun Instagram Melodi tv3, telah dikongsikan luahan hati Hannah.
Hannah memaklumkan dirinya mengalami keguguran buat pertama kalinya. Sudah tertulis belum rezeki mereka, Hannah redha dengan kehilangan ini. Kata Hannah, dia memohon agar Allah meringankan kelukaan di hati dan diberikan ketenangan.

Anak syurga yang pastinya akan menunggu Hannah di sana nanti. Turut sama dipaparkan gambar ultra sound bayi Hannah itu. Perkongsian ini meraih perhatian dan simpati daripada warganet terhadap apa yang terjadi kepada Hannah dan Imam Shah.
Jom baca perkongsian di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” 11 years still counting. One missed miscarriage at 7th anniversary and still hoping there’s a hope.. ”
” Mereka yg pnh alami je tahu kesedihan ni. Semuanya urusan Allah swt tak ada di Dunia, Di Syurga In shaa Allah menanti.. ”
” Allahu Akhbar.. Takziah to both of you. Terus Sabar dan Redha. Arwah akan tunggu kamu di Syurga Insha Allah.. ”
” Alhamdulillah utk Hannah delisha kerana inshaAllah asbab keguguran arwah baby dpt menarik ibunya ke syurga kelak. InshaAllah. Dalam masa yg sama, salam takziah utk hannah & keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan.. ”
” Sabar dan kuat ye dan selamat berpantang jaga kesihatan… Aamiin.. Insha Allah ada rezeki untuk zuriat lagi selepas ni.. ”
” Alhamdulilah Dah Dapat Ank Syurga . Keep Strong Hidup Ini Ujian Utk Menuju Ke Syurga Jgn Sedih Terlalu Lame . Bersyukur Sbb Di Kurniakan Rase Mengandung Sbb Ada Org Lain Belum Pernah Lagi Wlwpon Keguguran. Be Positive Plans From Allah . Don’t Give up.. ”
” Innalillahwaainailahirojiuun.. Salam takziah. Semoga kalian tabah menerima dugaan hebat. Allah menduga kpd hamba nya yg mampu… ada hikmah semua yang terjadi, perancangan Allah itu hebat.. ”
Pasti ada kemanisan yang telah Allah aturkan untuk Hannah dan Imam Shah. Yang penting untuk masa sekarang, Hannah perlu menjaga diri dan berpantang untuk kembali sihat seperti sediakala. Takziah daripada kami di Berita Kopak dan semoga Allah berikan Hannah kekuatan dan ketenangan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Melodi, IG Hannah Delisha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen



