Artis / Selebriti
” Alhamdulillah, anak-anak yang hebat dunia dan akhirat.. ” – Netizen
Video Anak-Anak Sari Yanti, Baasit Al-Haq Dan Barr Al-Aliy Membaca Surah Al-Fatihah Beserta Maksud Dalam Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris. Wah, Hebatnya Boleh Ingat Sekali Maksud Surah Al-Fatihah, Terang Hati !!
Meninjau ke akaun Instagram Sari Yanti, perkongsian sebuah video yang memaparkan anak-anak Sari Yanti iaitu Baasit Al-Haq dan Barr Al-Aliy membaca surah Al-Fatihah beserta maksudnya telah meraih perhatian ramai. Wah, anak yang hebat.
Baasit membaca surah Al-Fatihah beserta maksudnya dalam bahasa Melayu, manakala Barr pula membaca Al-Fatihah beserta maksudnya dalam bahasa Inggeris. Kedua-duanya dapat menghafal maksud Al-Fatihah dengan baik sekali.
Walaupun Barr membacakan dalam pelbagai gaya seperti menggarukan kepalanya seolah-olah lupa, namun tetap berjaya mengingatinya sehingga habis. Dariya pula menyatakan yang dia tidak ingat apabila diminta untuk membaca surah A-Fatihah beserta maksud.

Perkongsian ini telah menerima lebih 5 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik dalam tempoh 5 jam yang lepas. Sangat bagus didikan yang diberikan oleh Sari Yanti dan juga suaminya, Jep dalam mendidik anak-anak menjadi seorang yang berjaya.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memanjat rasa syukur melihatkan kedua adik-beradik ini. Antara komen-komen yang diberikan :
” Alhamdulillah…anak2 yg hebat dunia akhirat amiinn… Dariya muka sari.. mashaallah.. Alhamdulilah samoga anak2 ini di lindongi oleh Allah SWT.. “
” Alhamdulilah.. Masha Allah Tabarakallah.. Pandai nya ..dh hafal surah dan juga makna…ye.. Mintak baca surah al mulk pulak .. “
Sebelum ini, Sari yanti ada berkongsi sebuah video Sari meminta anak-anaknya membaca doa sebelum dibenarkan bermain dengan telefon pintar. Kesemuanya berjaya membaca doa tersebut dengan baik termasuk anak perempuannya, Dariya.

Wah, sangat hebat Baasit dan Barr. Menghafal surah Al-Fatihah itu ada suatu yang biasa tetapi menjadi luar biasa apabila turut menghafal maksudnya. Semoga kedua-duanya menjadi anak yang berjaya di dunia serta di akhirat. Aminn..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sariyanti
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen



