Artis / Selebriti
” Alhamdulilah Yayang dan Baby ZR.. ” – Datuk Seri Eizlan Yusof
Datuk Seri Eizlan Yusof Kongsi Berita Gembira. Dikurniakan Cahaya Mata Keempat Di Bulan Yang Mulia Ini. Tahniah Diucapkan !!
Kedatangan bulan Ramadhan pada tahun ini pastinya satu memori indah buat pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof dan isterinya, Datin Seri Natasha Rosa kerana kelahiran cahaya mata terbaru mereka. Isteri Eizlan selamat bersalin di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor.
Menerusi akaun Instagram, Eizlan telah berkongsi berita gembira ini dengan memuatnaik satu video di mana dia sedang memangku cahaya matanya yang diberi gelaran sebagai Baby ZR. Walau bagaimanapun j4ntina bayi tersebut masih tidak diberitahu.
Eizlan telah memanj4t rasa syukur dengan kurniaan yang diberikan. Apa yang istimewa ialah pakaian yang dipakai oleh Eizlan adalah pakaian yang sama dipakai olehnya ketika menyambut kelahiran tiga orang anaknya sebelum ini.

Ini merupakan cahaya mata keempat buat Eizlan manakala buat Natasha pula ianya merupakan cahaya mata sulung. Pastinya bayi mereka sangat comel kerana kedua ibubapanya cantik dan segak orangnya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah menerima banyak ucapan tahniah daripada netizen dan rakan-rakan artis. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alhamdulillah… Tahniah DS. Congratulations Lan dan Wife. Nanti bawak jumpa aku.. Semoga sentiasa mendapat rahmat Allah SWT.. “
” Alhamdullillah syukur . Happy nyeee . Tahniah abg. Semoga Baby dn Sis sashaboudville terus sihat dan kuat. Aamiin… Tak sabar nak tengok Baby dari Mami yg comel cantik manja dan Daddy yg hensem.. “
” Alhamdulillah tahniah dato eizlan yusof dan datin. Ai tok n4sib rambut dah hitam balik. Kalau tidak macam nak azan kan cucu.. apa2 congratulations brother dpt baby baru .. “
” Congratulations eizlanyusof and wife ,tumbuh besar , cantik dan sholehah ya nak … Alhamdulillah, tahniah bro.. “
” Alhamdulillah… Congratulations DS @eizlanyusof & D Sri Yayang… Lambat lg nk boleh tgk baby, sy kirim wakil uncle azman_spark dulu.. “
” Alhamdulillah.. 1 Ramadhan congratulations abg lan and wife … di bulan Ramadan Kareem yg mulia ini.. baby Ramadhan.. “
” Al hamdulillah tahniah selamat berpant4ng kepada isteri abang.. doakan semoga menjadi anak yg soleh dan solehah aamiin ya rabb.. “
Tahniah diucapkan kepada Eizlan dan isteri atas kelahiran cahaya mata. Semoga dengan kehadiran orang baru dalam kehidupan mereka menambahkan lagi rasa bahagia dalam kehidupan berumah tangga. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Dato Seri Eizlan Yusuf
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen


