Artis / Selebriti
” Alamak dia comel je bunyi, pandai Rina.. ” – Netizen
Video Anak Maryam You Narae, Rina Menyanyikan Lagu Alamak Raya Lagi Buat Ramai Terhibur. Eh Alamak Ke Ayam Mak Tu Rina, Lain Betul Bunyinya. Comel Sangat Rina Nyanyi Pelat-Pelat Suara Dia, Hehe !!
Meninjau ke akaun Instagram Maryam You Narae, perkongsian sebuah video yang memaparkan gelagat Rina menyanyikan lagu Alamak Raya Lagi telah membuatkan ramai berasa terhibur. Lagu ini dipopularkan oleh kumpulan Defam.
Disebabkan rentak lagu ini agak catchy dan liriknya yang mudah diingati, lagu ini sering menjadi siulan di kalangan kanak-kanak. Begitu juga Rina yang tahu untuk menyambung lagu ini apabila ibunya, Maryam menyanyikan sedikit lirik lagu ini.
Sekadar info, Rina merupakan anak kepada pasangan pempengaruh dan youtuber terkenal iaitu Nik Muhammad Ryzal dan Maryam You Narae. Rina mempunyai darah kacukan Korea di sebelah ibunya yang merupakan seorang berbangsa Korea.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 9 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Gelagat Rina sering menghiburkan buat sesiapa sahaja yang melihatnya. Sangat comel Rina menyanyikan dengan sebutannya yang pelat.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Aku pulak yang tersambung lagu Gomsaemari .. Lagu alamak raya lagi ni mmg theme song utk anak2 sebaya Rina laa rasanya.. “
” My daughter pun mcm ni jugak.. alamak, alamak.. Hahhak alamak dia comel je bunyi kann rina rina lawak lah…. so cute.. “
” Alamak ke ayam mak tu rina.. ingat makanan je rina ni.. apa pun tetap comel alamak rina ni.. boleh wat ringtone.. comel.. “
” K let me sing.. Appa gom, eomma gom, aegi gom .. Ayam mak ayam mak…. ayam mak.. ayam.. Saya di sini mahu bantu teriak.. “
” Tapi nak rina nyanyi gomsaerimariga jugakkk.. Dgr Ayam mak ,comel je rina.. Ya Allah.. .cutenya si kecik ni.. ajar lagu klntn pulak.. “
” Pandainya Rina ni…. Dgr Ayam mak ,comel je rina.. Copy mummy dia.. memek muka rina main peranan betol.. so adoreable.. “
” Aku geram betul la dak rina ni.. Pandai la ko rina.. suka tengok rina ni comel betul.. lagu kesukaan ramai kanak-kanak.. “
Alahai, comel sungguh Rina menyanyikan lagu Alamak Raya Lagi dengan caranya tersendiri. Walaupun bunyinya agak pelat tetapi Rina tahu tempo lagu ini. Semoga Rina membesar menjadi anak yang baik, taat kepada ibu bapa dan berjaya di dunia serta di akhirat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Maryamyurr
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

