Artis / Selebriti
” Alalaaa dua budak donat ni, blur pun nampak pipi labuh.. ” – Netizen
Perkongsian Gambar Kenangan Raya Neelofa Dari Zaman Berdua Sehingga Sekarang Sudah Anak Dua Curi Perhatian Warganet. Wah Umi Kongsi Gambar Bilal Dan Abbas Lah. Alahai Bambamnya Dua-Dua !!
Hari ini seluruh negara menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bagi yang sudah berkeluarga, potret bersama pasti akan diambil sebagai kenangan bersama. Begitu juga untuk pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail.
Meninjau akaun Instagram Neelofa, telah dikongsikan beberapa keping gambar throwback Aidilfitri dari zaman mereka masih berdua masih berdua sehingga lah sekarang sudah berempat. Dikurniakan 2 orang anak lelaki iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Jika sebelum ini wajah Bilal ditutupi dengan emoji tetapi untuk Abbas Neelofa memilih untuk mengaburkan wajah anak-anaknya itu. Dapat dilihat Abbas berada di atas ribaan Neelofa, manakala Bilal pula diriba oleh Haris. Memetik komen warganet, sekali pun wajah Abbas dan Bilal di’blur’kan, tetap nampak chubby mereka berdua.

Paparan gambar selepas itu pula gambar throwback ketika Bilal masih kecil dan yang terakhir sewaktu Neelofa belum dikurniakan anak. Komen warganet lagi, Bilal dan Abbas tentunya comel sama seperti umi dan abah mereka. Muka tak nampak, tetapi badan dua beradik ini kelihatan begitu bambam.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 140 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh :
” Alhamdulillah Lofa kongsi jugak gambar Bilal dan Abbas. iiselamay hari raya dear sekeluarga. Terpaling comel anak beliau.. ”
” Wah dah advance umi sekarang.. dah blur lah pulak hehe. Kenapa tutup muka di comel tu.. nak tengok.. ”
” Walaupun blurred, still nampak pipi labuh si tecik dua orang tu yaaa. comelnya.. bukan aban bs.. ”
” Alalaaa dua budak donat ni, blur pun nampak pipi labuh.. umi kenapa tak lap kamera dulu haha.. ”
” Comel-comelnya anak-anak neelofa dan haris ni. tak payah la blur… Nak tengokk huhu.. mesti comel Abbas macam Bilal.. ”
” Eeeee geram eh tengok gambar dua ketul tu Comey…. Walaupun blur pun nampak sikit-sikit.. ”
” Ala nak tengok muka bilal dan Abbas. Dua-dua chubby eh, tengok badan tu seketul 2 hero.. ”
Neelofa ada alasannya mengapa tidak menunjukkan wajah penuh anak-anak di media sosial. Tidak nampak jelas muka pun tidak mengapa lah, janji dapat juga melihat Abbas dan Bilal. Apa-apa pun, semoga Bilal dan Abbas membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak yang soleh.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Neelofa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen



