Artis / Selebriti
” Alahai comelnya dengar suara dia nyanyi. Menyala Evie.. ” – Komen Netizen
Video telatah comel anak Intan Ladyana, Evie Khadeeja menyanyi lagu Stecu Stecu buat ramai terhibur. Alahai comel sungguh suara Evie menyanyi. Dah tahu dah Evie nak ikut jejak siapa, hehe..
Umum mengetahui pelakon Intan Ladyana telah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Harris Alif. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata yang comel yang diberi nama Evie Khadeeja dan Harris Umayr.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Harris, telah dikongsikan video yang memaparkan gelagat anak sulungnya itu sedang menyanyi. Menerusi video itu, kedengaran Evie menyanyi lagu viral bertajuk Stecu Stecu dengan gayanya yang tersendiri.
Tulis Harris di ruangan komen dengan mengatakan sudah tahu Evie mempunyai bakat seperti siapa. Perkongsian video itu juga telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan Evie sememangnya mengikuti jejak Harris yang meminati bidang nyanyian.

Bukan itu sahaja, video kedua yang memaparkan Harris menyanyi sebuah lagu turut mendapat pujian daripada peminatnya yang mengatakan Harris mempunyai potensi untuk menjadi seorang komposer lagu dan mencipta hasil karyanya sendiri.
Ikuti perkongsian di bawah :
(Klik butang kanan > untuk menonton video seterusnya)
Di ruangan komen rata-ratanya memberikan emoji suka dan memuji nyanyian Evie. Antara komen daripada warganet adalah :
” Alamak stechu2 plak dia, hehehe g school nangis lagi tak tuu.. Alahai comelnya dengar suara dia nyanyi. Menyala Evie.. “
” Suara daddy pun mantap buat lagu sendri daddy jadi composer macam haqiem rusly.. Evie memang ikut bakat daddy ni, pandai nyanyi.. “
” Evie & kepit2 rambut berpisah tiada.. Bakat daddy turun kt Evie, pandai nyanyi ikut tune dah.. Comel betul anak sulung Harris dan Intan ni.. “
Sebelum ini, tular video yang memaparkan Intan tidak dapat menahan air matanya ketika menghantar Evie bersekolah ke tadika. Bukan itu sahaja, Intan juga sanggup menunggu Evie berdekatan tadikanya sehingga anaknya itu habis sekolah.

Untuk sekadar info, selepas mendirikan rumah tangga dan dikurniakan sepasangan cahaya mata, Intan tidak lagi aktif dalam bidang lakonan. Intan lebih banyak menumpukan perhatian untuk membesarkan anak-anak serta menguruskan rumahtangganya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG harrisalif
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

