Artis / Selebriti
” Alahai comel mengantuk tapi lapar. Tersengguk pun comel.. ” – Netizen
Nadzmi Adhwa Kongsi Video Anaknya, Arwa Malaikha Urwa Mengantuk Ketika Makan. Ish Urwa Mata Dah Nak Pejam Tapi Mulut Tetap Nak Mengunyah. Cute Sangat Gaya Mamai Tu !!
Sudahpun berusia 8 bulan, Arwa Malaikha Urwa membesar dengan sihat. Seperti bayi-bayi lain, Urwa juga banyak menunjukkan perkembangan yang positif dari sehari ke sehari. Pasti ada sahaja gelagat Urwa yang membuatkan Adhwa dan Ardell tergelak.
Hasil tinjauan kami di Instagram Nadzmi Adhwa, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Urwa ketika disuap makanan. Urwa yang didukung oleh Adhwa ini kelihatan sudah mula mengantuk, namun mulutnya masih tetap dibuka untuk makan.
Adhwa menulis di kapsyennya supaya peminat memilih antara 4 jawapan samada Urwa ini lapar, betul-betul mengantuk, inginkan perhatian ataupun mahu adik. Melihat gaya Urwa yang sebentar pejam dan sebentar celik ini memang boleh jadi ger4m dengan kecomelannya.

Ibu bapa lain juga pastinya ada kenangan anak seusia Urwa yang membuat peranga1 sebegini. Apa sahaja gelagat anak kecil atau bayi pasti akan membuatkan semua suka melihatnya. Bila perut lapar tetapi mata sudah mengantuk begitu lah jadinya.
Jom tonton video di bawah :
Reaksi wajah Urwa yang menahan mengantuk sambil makan ini menarik perhatian dan mendapat banyak komen berbentuk emoji suka daripada peminat. Antara komen-komen mereka yang dapat dikongsikan :
” Hahahha alahai comel ni la. Ngntuk tpi lapar. tersengguk pun comel, Umi masak sdap sampai rasa di kayangan Hehe.. “
” Ala comel nye, bau abi tu makin ngantuk di buat nya. akal ayh dia boh jwapn D tu haha.. “
” MashaAllah comelnyaa urwa malaikha.. mengantuk sangat tu urwa. cute sgtlah muka ngantuk tu urwa malaikha.. “
” Saya lapar tapi mata saya ngantuk be like haha. Ala comelnya dia ger4m untie tengok budak Urwa ni.. “
” Ngantuk tapi lapar haha. Jawapan nya 2 in 1 ..makan sambil tidor. Ayah Urwa nak jwpn D kn? Ekeke.. “
” Alolo ngantuk sangat dah tu.. ummi abi bul1 baby ye.. Mengantuk tapi perut lapar .. hehe comey.. “
” Ala tomelnya, ngantuk sngt ye syng tapi makan tetap makan. Adeh Umi ngan abi dengk1 lah.. “
” Biasa yg gini dia mengantuk, tapi nak mamam lagi. comel sangat Urwa anak solehah ni.. “

Mata sudah nak pejam pun mulut masih gagah dan menganga untuk makan. Kelakar namun comel sangat gelagat Urwa ini. Pastinya Abi dan Umi akan teringat selalu kenangan ini apabila Urwa sudah besar. Apa pun, semoga Urwa membesar dengan sihat selalu dan jadi anak yang baik.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Nadzmi Adhwa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

