Artis / Selebriti
” Alaa sikit je lagi Fattah nak terpecah rahsia tu. Tiba-tiba Fattah sendiri yang kena masuk stor, haha.. ” – Komen Netizen
Video kemunculan Amira Othman dan Fattah Amin sedondon berbaju putih ketika live buat ramai teruja. Wah dah macam pengantin baru. Blushing FattMira kena usik dengan Aca dan Irfan. Part Fattah hampir tersasul cakap pasal Mira tu kelakar, cuak habis muka Mira, hehe..
Semalam telah berlangsungnya sesi live bagi mempromosikan Abaya Emiera yang di’host’kan sendiri oleh Fattah Amin, Amira Othman, Aca dan Irfan Haris. Mereka juga turut dibantu oleh seorang rakan Amira yang bernama Anis dan beberapa orang team di belakang kamera.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Azzahra7728 dan Imani Imtiyaz, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan suasana ketika live tersebut berjalan. Live ini dimulakan oleh PA Fattah dan PA Amira iaitu Aca dan Que. Selepas itu baru lah Amira muncul menyambung sesi live tersebut.
Tidak lengkap live tanpa adanya Fattah, seketika kemudian Fattah pula muncul dan yang membuatkan ramai teruja kerana Fattah turut memakai jubah berwarna putih sedondon dengan Amira. Pasangan ini kelihatan seperti pasangan pengantin baru pula apabila bersama.

Video seterusnya pula, Fattah memohon kepada semua untuk menyokong Amira. Fattah hampir-hampir memecahkan rahsia Amira, namun ayatnya itu terhenti sekerat jalan. Tergelak semua yang berada di situ, Abang Long pula yang aneh-aneh kali ini.
Jom tonton video di bawah :
@azzahrah7728 @Amira Othman @FattahAmin
@imani_imtiyaz Replying to @norizatiabdrazak Amira nak apa tu, Abg Long ..apsal lah x hbskn ayat tu 🤣🤣#amiraothman #fattahamin #sakirinaca90
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini setakat ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Masa menjerit tengok sebab sedondon macam nak nikah.. aku siap bertepuk tadi wooi, terperanjat member² lepak. hahahaa krem pipi.. “
” Malam tdi aca mengusik fattah habis habisan.. habis satu malaysia blushing yer.. cepat lah kahwin Fattah amira ni.. ramai yang suka tengok dorang.. “
” Tiba-tiba Fattah sendiri yang kena masuk store haha.. Cuba teka Amira nak apa haha.. bang long ada. Aca lain macam hyper dia haha.. kaw kaw menyakat Fattah.. “
” Banglong nk cakap kaklong nk kawin. cepat2xlh korang kwin. x sabar nk tengok hari bahagia korang.. “
” Aca dan Ipan sangat memainkan peranan ek.. cantik pakai putih macam lepas nikah je Fattah Amira ni.. Aca terus selawat haha.. semoga berjodohan.. “
” Fattah punya nak behave sebab pakai jubah, dtg aca keje mengusik member haha.. seronok tgok Fattah jadi leader.. “
” Alaa sikit je lagi abang long nak terpecah rahsia tu. Mira pun muka dah cuak. Abang Long pun kena masuk store kalau macam ni gayanya.. asyik nak terkantoi je haha.. “
Meriah sungguh live team Fattah bersama Amira semalam, Aca pula seronok mengusik Fattah non stop. Mana tahu angan-angan Aca hendak berselawat sambil Fattah dan Amira berjalan ke pelaminan itu menjadi kenyataan tidak lama lagi. Sama-sama doakan yang terbaik dan semoga business Fattah dan Amira maju jaya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Azzahrah7728, Tiktok Imani Imtiyaz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

