Artis / Selebriti
” Ala pandainya dia mengadu. Cute suara dia tu.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video Terbaru Anak Datin Alyah, Nur Izzara Sedang Rancak ‘Berbual’ Buat Ramai Yang Geram. Alahai Comelnya Suara Zara, Panjang Betul Zara Mengadu Tu. Rindu Kat Mummy Ke Tu Zara !!
Sebagaimana yang semua sedia maklum, Datin Alyah dan Dato’ Ramli MS ada mengambil seorang anak angkat. Menamakan bayi perempuan ini sebagai Nur Izzara, kehadiran si kecil ini menambahkan lagi kebahagiaan dan keharmonian dalam hidup pasangan ini.
Meninjau akaun Tiktok Alyah81 Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Zara ketika ada tetamu datang ke rumah. Memandangkan Datin Alyah masih lagi belum pulang dari mengerjakan haji, Zara dijaga oleh Tok Ram. Datin Alyah juga ada berkongsikan video Tok Ram bersama Zara sebelum ini.
Menerusi video ini, dapat didengar suara Zara yang sedang rancak berbunyi. Bayi seusia Zara ini memang ini adalah antara fasa yang menyeronokkan kerana dapat melayan baby ‘bercakap’. Tak henti suara Zara berbunyi, lagi ditegur semakin rancak suaranya itu.

Tulis Datin Alyah di ruangan kapsyennya, Zara sudah biasa berborak dengan Tok Ram dan itu membuatkan Zara akan mengajak sesiapa sahaja yang datang ke rumah mereka untuk berborak. Alahai comel sangat puteri kesayangan mummy dan daddy ini.
Jom tonton video di bawah :
@alyah81official Dia dah biasa borak ngan daddy dia…jadi siapa dtg rumah semua dia ajak borak 😁 hiii auntie cha #fypシ゚viral #fyp #alyahzara
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Masya Allah comelnya baby Zara ni. Muka dah macam tok ram je. mulut dah riuh lah, boleh jadi kawan borak.. ”
” Alahai comelnya Zara. Dia cakap rindu nak mummy Alyah dodoi dia hehe.. mungkin jugak dia nak ngadu mummy dia mana.. ”
” Baby rindu mummy lah.. mummy pergi mana.. baby mengadu ni dekat mummy.. besar masalah baby ni, sebab tu dia ngadu hehe.. ”
” Ala pandainya dia mengadu.. comel sangat mulut tu.. masa ni syok sembang-sembang macam faham je apa kita cakap.. ”
” Mulut tu, banyak sangat cerita tu.. sampai muncung-muncung.. zara boleh bukak kelab bual dengan mummy daddy nanti hehe.. ”
” Dah pandai berbual lah si comel Zara ni.. cute suara dia tu.. alahai melting betul dengar suara Zara.. ”
” Comelnya baby Zara, rindu mummy ye sayang.. panjang betul borak tu.. nak ngadu apa lah agaknya tu.. suara manjaaaa.. ”
Comel sungguh Zara banyak ‘berbunyi’ seperti itu. Lagi lah bertambah-tambah rindu Datin Alyah terhadap Zara. Suara Zara ‘berbual’ begitu pun sudah seronok didengar. Semoga baby Zara membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak yang solehah kepada mummy dan daddy.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Alyah81official, IG Alyah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti2 days ago Artis / Selebriti2 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
