Artis / Selebriti
” Ala comelnya baby. Handsome boy lah dia. Mulut tu geram.. ” – Komen Netizen
Mia Ahmad Kongsi Gambar Penuh Dan Nama Anak Keempatnya Yang Sudah Berusia Sebulan Lebih Kepada Umum. Wah Cepatnya Bulat Hero Mia Ni. Comel Sungguh Baby, Nama Pun Sedap Dan Senang Nak Ingat !!
Pada bulan Mei yang lalu, pelakon Mia Ahmad telah pun selamat melahirkan cahayamata keempatnya. Sebagaimana yang semua sedia maklum, Mia mendirikan rumahtangga bersama pemain bola sepak, Mohd Izham Tarmizi dan mereka telah pun dikurniakan dengan 3 orang cahayamata terdahulu.
Setelah lebih sebulan selepas melahirkan, Mia akhirnya memperkenalkan anak keempatnya ini kepada umum. Meninjau akaun Instagram Mia Ahmad, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang mamaparkan wajah penuh hero kedua Mia ini.
Pada paparan gambar pertama, wajah terkini anak Mia itu ditunjukkan. Paparan gambar kedua dan ketiga pula adalah gambar ketika si kecil ini baru dilahirkan. Comel sungguh wajah anak Mia ini dan sekilas pandang ada menyerupaikan wajah kakaknya, Iris.

Mia dan Izham mencapai kata sepakat untuk menamakan anak mereka ini dengan nama Sayf Ibrahim bin Mohd Izham Tarmizi. Indah namanya, seindah kurniaan Allah ini. Chubby sungguh Safy Ibrahim sekarang, pipi itu sudah seperti kuih pau. Apabila baby bersemangat seperti ini sedap dipeluk dan dicium.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Assalamualaikum baby prince.. anak soleh.. Syukran alhamdulillah.. salam lil princw Sayf.Ibrahim.. tokmi sntiasa doa cucunda sihat walafiat & mjado anakanda yg soleh bjaya dunia akhirat.. ”
” Alaaa….. comelnya Ibrahim semoga menjadi anak yg soleh mummy dan daddy.. macam muka iris lah.. ”
” Masya Allah Ibrahim, so cute.. comel tembam sangat dia.. semoga membesar menjadi anak yang soleh berjaya dunia akhirat.. ”
” Alooo sayang auntie tak sabaq auntie, nak gomoi dia.. Handsome boy lah dia.. mulut tu geram.. ”
” Assalamualaikum sayf Ibrahim.. cutenya Ibrahim.. ibrahim muka mommy laa.. semoga membesar dgn sihat dan menjadi ank yg soleh.. ”
” Handsome Sayf Ibrahim.. Pipi tu geramnya nak cub1t, macam pau. Semoga menjadi Anak yg Soleh dan Berjaya Dunia akhirat… Aamiin.. ”
” Assalamualaikum Sayf Ibrahim… comeyyy la awak cubit skit pipi tu.. permata ayah bonda… Alhamdulillah.. ”
Siapa yang tidak geram melihat kemontelan baby Sayf Ibrahim itu. Pipi chubby dan mulutnya yang comel antara yang indah pada Sayf Ibrahim. Semoga Sayf Ibrahim membesar menjadi anak yang soleh, yang tinggi adab pekertinya dan menjadi kebanggaan kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : Mia Ahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

