Artis / Selebriti
” Aku tak bolehlah part Izzue gelak, yang penting dorang sporting.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Izzue Islam Terjatuh Dari Kerusi Ketika Sedang Menyanyi Karaoke Semasa Live Bersama Team Paranormal Buat Ramai Terhibur. Adoi, Nasib Baik Ada Kawan-Kawan Yang Cover Masa Izzue Tergolek !!
Meninjau ke satu akaun Tiktok, perkongsian dua buah video yang memaparkan sesi live Izzue Islam bersama team paranormal Tiger Labu telah meraih perhatian ramai. Izzue telah mengikuti team tersebut untuk merasai pengalaman paranormal di suatu tempat.
Sebelum team ini memulakan aktiviti paranormal, mereka telah membuat sesi karaoke. Video pertama memaparkan Izzue menyanyi sambil duduk di atas sebuah kerusi. Sedang Izzue menghayati nyanyiannya secara tiba-tiba Izzue terjatuh dari kerusi.
Apa yang membuatkan ramai terhibur ialah apabila kawan-kawan yang lain sempat membuat cover line dan melindungi Izzue yang terjatuh di hadapan kamera. Walaupun terjatuh, Izzue tetap meneruskan nyanyiannya sambil berdiri pula.

Video yang kedua pula memaparkan mereka berkaraoke secara beramai-ramai dan ia cukup menghiburkan warganet. Perkongsian video ini telah menerima lebih ratusan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.
Jom tonton video di bawah :
@syfiqhzlkfli Aterrr para yee mengkome semalam🤣🤣kita tgk sipi2 je..pastu bngun tido bngun tido😂😆😆kena godek blik live semalam😝😝 Sebelum menempuh dugaan kat dalam kita bgi diorang nyanyi dluu.. Enjoy2 hilangkan gelisah dn takut teww😂😂 #shahidanizwan #edaman #izzueislam #oneforteen #ameerais #tigerlabuparanormal #paranormalactivity #ujiannyali #fyppppppppppppppppppppppp #fyplease #fypage
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Aku tak leh lah part izzue gelak. yang penting dorang sporting.. haha.. hilang mengantuk aku tgk live.. “
” Ada jugak yang rekod geng forteen join labu dpt jugak tgk.. syok lah macam ni kurang rasa seram kan.. “
” Korang kejut hantu ke.. Smpai 4.15 tngk live dorang pgi tdi ngtuk tak jdi nak tidur.. hahaha lawak semua.. “
” Yang penting kawan2 sporting.. Izzu ni mmg jenis tak reti ddk diam kan.. baguslah kawan kawan pun.. “
” Kita dapat tengok konsert free ye semalam.. Habis semua hantu lari.. masalahnya memang dorang buat konsert kat tepi hutan ye.. “
” Kelakar, sempat tengok Smpai konsert je ..mata tak mampu nak tunggu dah ..Yg kita tkut pun jdi tk takut.. “
” Fun gila masalahnya diorang buat macam bukan paranormal, banyak lawak je tapi serious best sangat ii… ”
Kalau macam ni lah team paranormal, tak sempat nak rasa seram atau pun takut. Silap-silap hantu yang lari dulu kerana terkejut, hehe. Sememangnya sangat menghiburkan sesi live mereka yang dilakukan pada malam tersebut. Tidak kering gusi dibuatnya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Berita Kopak, Tiktok flowersunshine
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 



 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									
