Artis / Selebriti
” Aku tak boleh la tengok baby ni. Lebih 10 kali aku ulang tetap berdekah ketawa.. ” – Komen Netizen
Bell Ngasri muatnaik video perbualannya bersama adiknya, Baby Ngasri buat warganet terhibur. Adui Baby, soalan tu memang di luar jangkaan betul. Lagu yang Baby menyanyi tu memang kena. Kelakar lah Baby ni, haha..
Sebagaimana yang semua sedia maklum, Bell Ngasri mempunyai seorang adik perempuan istimewa yang dipanggil dengan nama timangan, Baby. Sekali pun Baby anak istimewa, namun Baby petah bercakap dan sering membuat jenaka spontan yang menghiburkan orang di sekelilingnya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Bell Ngasri, telah dikongsikan satu video terbaru Bell bersama Baby. Dengan kapsyen tertulis ‘ Bertemu kita dalam rancangan ‘ Baby Buat Apa Tu’, perbualan Bell bersama Baby membuatkan warganet terhibur.
Memandangkan ada katil hospital di situ, Baby bertanyakan satu soalan yang mencuit hati. Baby bertanyakan sama ada Bell sakit atau tidak hari itu. Soalan Baby itu membuatkan Bell sendiri ketawa kerana dalam pemikiran Baby, katil itu untuk orang sakit.

Seperti biasa, setiap perbualan Baby pasti akan diselitkan lagu sekali. Lagu Baby begitu kelakar dan bertambah berdekah Bell gelak dibuatnya. Komen warganet, Baby ini lebih lawak daripada Bell dan apabila Bell bersama Baby, tenggelam kelakar Bell kerana adiknya itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” ‘ Ni katil hospital ni ape citer’ haha.. bila ada baby, Bell dah tak lawak haha. Sakitnya ku disini di dalam hatiku, tak pernah takda lagu setiap kali cakap. baby baby haha.. “
” “Nak sruh bell sakit ke?”, “Aah, mmg la” haha… dia sruh abg dia sakit weh hahhaa lawak la baby.. “
” Saya syak…semua idea2 bell yg spontan kelakar tu baby yg ajar kan….btw baby comel sangat.. ujung2 mesti ada lagu punyaa haha.. “
” Kalau vtt baby lalu.. habih laa. tgh rileks, senyap2 terus berdekah2 aku. tanjat 1 family dgr aku gelak.. “
” Hahahaha.. Aku xleh la tgk baby ni… lebih 10x Aku ulang Aku gelak.. Aku ulang Aku gelak.. hahhaah.. “
” Baby lagi lawak dari Bell sekarangni haha.. lawak dia random betul. semua angle ada lagu. terubat terus darah tinggi aku bell tgk ahli syurga kite nii.. siap lagu tuu.. “
” Sakit tak hari ni, sekali keluar ayat tu terus berdekah aku ketawa. ini lah mastermind bell, ada baby bell ilmu dia semua tawar xmenjadi.. pandai tu nak pancing bell, nyanyi tu kira punch line dia la.. siap ada lagu, dia seronok hampa sakit haha.. “
Kelakar dan random sungguh lawak baby, spontannya itu membuatkan Bell sendiri ketawa. Jika ada yang stress, melihat gelagat Baby ini boleh mengundang ketawa besar. Semoga Bell dan Baby sihat-sihat selalu dan sentiasa gembira bersama selamanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bell Ngasri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

