Artis / Selebriti
” Aku rasa tadi bukan ditebuk, dikikis.. ” – Qawiyaro
Video Reaksi Qawiy Aro Ketika Kena Cabar Tebuk Tafsir Oleh Ustaz Jafri Abu Bakar Buat Warganet Terhibur. Selalu Qawiy Bagi Orang Berdebar, Kali Ni Qawiy Pula Yang Cuak. Lawak Reaksi Muka Qawiy, Haha !!
Anak muda bernama Qawiy Aro antara content creator yang mempunyai ramai pengikutnya. Selain aktif di media sosial, Qawiy juga antara jemputan wajib untuk program MeleTOP Moreh. Setiap minggu bakal ada sahaja selebriti yang menjadi ‘mangsa’ tebuk Al-Quran oleh Qawiy.
Menerusi akaun Youtube Channel MeleTOP, telah dikongsikan video yang memaparkan suasana MeleTOP Moreh minggu ini. Ustaz Jafri Abu Bakar dan Datin Lisa Surihani antara tetamu jemputan yang turut menjayakan MeleTOP Moreh kali ini.

Klik gambar untuk info..
Jika kebiasaannya Qawiy yang ‘tebuk’ orang, kali ini Qawiy pula kena ‘tebuk’. Salah seorang penonton MeleTOP meminta agar sesiapa membaca dalam terjemahan dan Qawiy perlu meneka ayat dari surah manakah yang dinyatakan dalam terjemahana tersebut.

Bukan mudah apabila diberi ayat terjemahan kemudian dipadankan dengan ayat Al-Quran. Tercengang dan Qawiy kali ini. Kena pula ‘tebuk’ dengan Ustaz Jafri, lagi nervous Qawiy dibuatnya. Nabil mendengar terjemahan itu sudah dapat menangkap dan membantu memberitahu nama surah.

Perkongsian tesebut telah pun meraih banyak tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Merdunya suara Qawiy ni, anak muda hebat.. Ini lah yang patut jadikan idola.. anak muda hebat.. ”
” Subhanallah… sedap dan merdu bacaan Qawiy… Alhamdulillah… salute dengan qawiy ni.. insirasi betul.. ”
” Sorry Qawiy, tak sangka komen suka-suka je terus kena cabar ye. Bukan tebuk lagi, dikikis dah tu hahahaha.. Apa-apa pun terbaik Qawiy. Respect.. ”
” Selalu dia bagi orang nervous, Kali ini kita bagi dia pulak rasa berdegup ke tak jantungnya tu haha.. ”
” Nasib baik ada ayat “Nikmat apa lagi yg kau dustakan” tu. Kalau tak, sampai malam raya mikir haha.. Apa-apa pun respect lah wiy. Anak muda contoh.. ”
” Mau tak berdebar selalu tebuk ngaji, ni sekali kau kena tebuk tafsir. musing otak qawiy nak cam surah apa ayat apa lah yang kena soal tu.. ”
” Lawak lah muka cuak Qawiy. sesekali kena tebuk lain lah. Ligat otak nk pikir ayat tafsir tu untuk ayat surah mana lah haha.. apa pun qawiy memang hebat lah.. ”

Mahu tak menggelabah Qawiy, dari ayat tafsir perlu teka ayat dari surah mana, sampai ‘blur’ Qawiy seketika dibuatnya. Apa-apa pun, anak muda ini walaupun cuak tetap boleh meneka apabila diberikan hanya sedikit sahaja clue. Semoga terus maju jaya Qawiy dan terus memberi inspirasi kepada semua.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG MeleTOP, Youtube Channel MeleTOP
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen


