Artis / Selebriti
” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
Video abang Zizie Izette, Samzy Fuzette tidak dapat menahan sebak meluahkan rasa rindu selepas pemergian adik iparnya, Dato’ Seri Bung Mokhtar buat ramai tersentuh. Sebaknya dengar kata-kata Samzy..
Baru beberapa hari Dato’ Seri Bung Mokhtar Raden pergi buat selama-lamanya, namun kehilangannya membuatkan ramai ahli keluarga mula berasa rindu. Ini termasuk juga abang kepada Datin Seri Zizie izette iaitu Samzy Fuzette yang meluahkan rasa rindu terhadap adik iparnya itu.
Sebelum ini jarang kita melihat keakraban adik-beradik Zizie bersama Dato’ Seri Bung Mokhtar. Ia tidak dikongsikan di media sosial betapa mereka sebenarnya begitu rapat walaupun perbezaan usia yang ketara antara Dato’ Seri Bung Mokhtar dengan ipar-iparnya.
Satu persatu kebaikan Dato’ Seri Bung Mokhtar dikongsikan oleh adik-beradik Zizie selepas pemergiannya. Apabila arwah sudah tiada, pastinya kehilangan itu amat dirasai. Dapat dilihat betapa Samzy berasa sebak apabila teringat akan arwah Dato’ Seri Bung Mokhtar.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warga net sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Merindui orang yang sudah tiada merupakan rasa rindu yang tiada penghujungnya dan amatlah sakit. Hanya masa yang mengubati rasa rindu ini.
Jom tonton video di bawah :
@samzy_fuzette Rinduuu #Alfatihah #BungMokhtar #InsanHebat
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Kalau siapa pernah rasa kehilangan, rindu tu bukan di buat2. Kdng2 bila teringt je terus mengalir air mata. Bila ada org yang tgh rasa begitu, jgn dimarah. Sbb itu saja cara utk dia rasa hilang sebak di dada.. “
” Luahkan jer apa yang awak rasa. Tak bedosa pun. Semoga awak sekeluarga tabah menghadapi ujian ini.. abg dulu abg pernah join A to z kan.. “
” Sy xknl pon arwah .cume tahu nama and selalu tgok ig story kak zizie je . But asal lalu je pasal bung auto air mata keluar.. “
” Semasa live petang jumaat tu, sewaktu talkin dibacakan, aku menangis dalam kereta sorang2. Sebab aku respect kat arwah bila at one time tu ramai tinggalkan Bn di sabah but he stay strong with BN. Itu menunjukkan dia seorg yg setia. Alfatihah.. “
” Ternyata Arwah terlalu baik utk keluarga zizie.. n masyarakat x putus2 org cerita yg baik ttg arwah..maafkan Sy jg pernah terckp Hal yg x baik ttg arwah rasuah n sbgnya.. ”
” Saya rasa mereka rindu figura ayah yg ada pada arwah Bung.. family zizie kn kehilangan ayah dari kecil.. Al fatihah.. “
” Klau ipar2 pun syg dia,makna nya betul arwah org nya sgt baik.. Allah lg sedih anak2 nya kecil lg… sabar la tuan.. moga roh nya bersama2 dgn org yg beriman amin… “
Semoga setiap doa yang dititipkan untuk arwah Dato’ Seri Bung Mokhtar menjadi peneman dalam perjalanan baharunya di alam sana. Moga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosanya, melapangkan kuburnya seluas-luasnya, serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman. Amin.

Silakan SHARE..
Sumber : TT Samzy Fuzette
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

