Artis / Selebriti
” Aku pulak yang tersenyum – senyum tengok korang ni.. ” – Netizen
Video Riena Diana Bersama Hun Haqeem Yang Sangat Sweet Raih Perhatian Ramai. Alahai Malu-Malu Pula Masing-Masing, Macam Sepadan Pula Yer Lailer Dan Baby Boo Jekfer Ni !!
Tahun lalu, drama Kampung People telah mendapat sambutan yang luar biasa oleh penonton malah turut menjadi trending di laman media sosial. Kini, umum sudah ketahui bahawa drama tersebut telah kembali dengan sambungannya menerusi drama Kampung People 2.
Drama Kampung People 2 ini telah bersiaran setiap hari Rabu hingga Jumaat pada pukul 9 malam di slot Lestary, TV3. Masih mengekalkan watak utama seperti Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Riena Diana, Hun Haqeem dan ramai lagi dan semestinya kali ini drama tersebut sangat menghiburkan.
Selain watak Mona yang dilakonkan oleh Elly Mazlein, watak Laila yang dilakonkan oleh Riena Diana juga mencuit hati penonton lebih-lebih lagi gaya bercakapnya ala-ala minah salleh. Gandingannya bersama pelakon Hum Haqeem juga turut disukai ramai.

Di akaun Instagram Riena telah berkongsi satu video yang memaparkan dia bersama dengan Hum Haqeem dalam satu sesi temubual tentang drama yang dilakonkan oleh mereka iaitu Kampung People 2. Menerusi video itu, masing-masing bercerita tentang karakter watak masing-masing yang dilakonkan oleh mereka berdua.
Jom tonton video tersebut di bawah ini :
Melihat aksi mereka berdua dalam video itu, di ruangan komen rata-rata netizen turut menulis bahawa Riena dan Hum Haqem kelihatan serasi bersama dan terhibur melihat perwatakkan mereka berdua. Antara komen-komen yang menarik adalah :
” Aku pulak yang tersenyum – senyum tengok korang ni.. Iskkk , sweet ah korg nii .. “
” Sweettt nyeee semoga Lailer dgn Jekfer bersama , bukan setakat kat drama je, kat luar juga. Hihi.. “
” Best g1ler la.. Semua pelakon shempoiiii bak hiangg.. Nah bunga utk korang.. So cute.. “
” Hati sapa lagi Jekfer nak ambil kakau bukan hati Lalier.. “
” Sweet n cute baby boo jakfer n lailerrssss.. “

Alahai ramai pula yang rasakan Lailer dan Jekfer ni sweet yer. Ada juga yang mendoaka semoga mereka berdua berjodahan. Apa-apa pun, mereka hanya membawa watak pasangan kekasih dan mempromosikan drama yang dilakonkan mereka sahaja. Kami dari Berita Kopak berharap Riena dan Hum akan berjaya dalam bidang lakonan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Riena Diana, Hum Haqeem
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

