Artis / Selebriti
” Aku pulak tersengih-sengih tengok Rina. Happy je dia kena gula-gula, penyabar sungguh.. ” – Netizen
Ryzal Ibrahim Muatnaik Video Gelagat Anaknya, Nik You Rina Ketika Membeli Aiskrim Turki Buat Warganet Terhibur. Muka Rina Tercengang Sambil Tersenyum Buat Ramai Geram. Level Kesabaran Rina Ni Tinggi Betul. Terbaik Rina !!
Nik You Rina yang merupakan anak kacukan Korea Malaysia ini antara yang selalu membuatkan warganet terhibur dengan telatahnya. Ryzal Ibrahim dan Maryam You Narae, kedua-dua ibu bapa Rina ini merupakan pasangan yang ceria dan begitu juga lah dengan Rina.
Meninjau akaun Instagram Duriankimchi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Rina ketika bersiar-siar ke mall. Rina ingin makan aiskrim dan mereka berhenti membeli di gerai aiskrim Turki. Semua tahu, penjual aiskrim Turki akan ‘ mengenakan ‘ pembeli sebelum diberi aiskrim yang mereka beli.
Rina juga terkena dengan penjual tersebut dan pelbagai trick dilakukan untuk mengusik Rina. Setiap kali dihulurkan kon aiskrim, pastinya ianya sama ada kosong atau pun hanya mendapat pemegangnya sahaja. Rina pula melayan sahaja kenakalan penjual aiskrim tersebut.

Sekali terkena, Rina tersengih dan berlari ke arah Ryzal. Reaksi comel Rina itu membuatkan orang-orang di sekitar juga tergelak sama. Bagus lah anak Ryzal dan Maryam ini, tetap setia menanti dan akhirnya dapat juga Rina aiskrim yang dimahukan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 49 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Penyabar betul rina ni. Alhamdulillah. Muka terpinga2 bila dpt kon je tp aiskrim xde. Comel betul la.. ”
” Bagus betul Rina ni, sabar je dia tunggu. Nasib baik Rina ni, kalau Khawla si ernie travel confirm majuk ni hehe.. ”
” Comel reaksi dia.. penyabar.. cuteee rina.. Ak pulak tsengih2 tgk rina.. epi je dia kena gula2, kalau ak da baran da.. ”
” Alolo cian rina, comel betul, tak marah atau nangis pun, maa shaa Allah.. bgsnya dia penyabar alhamdulillah . Membesar dgn pintar dan sihat sllu ya rina.. ”
” Comelnya, tapi dia tak marah kan, senyum je rina kena gula-gula.. kalau budak lain ni mau berguling-guling dah dekat situ.. ”
” Suka tgok video yg mcmni. Ni baru betul mengajar anak menghormati budaya tradisi orang. Ni tak jenis tau baran nk beli juga aiskrim ni.. ”
” Sabar je rina walaupun kena gula-gula dgn abg aiskrim tu.. Rina kena buli senyum je.. comel sangat Rina.. ”
Alahai Rina, terpaling penyabar ni Rina. Langsung tidak ada riak muka marah atau hendak menangis, yang Rina tahu tunggu dengan sabar dan tersengih sahaja. Alhamdulillah anak yang penyabar dan semoga Rina terus menjadi insan yang tinggi akhlak dan budi pekerti ye.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Duriankimchi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen


