Artis / Selebriti
” Aku nangis bahagia weh tengok Dini layan Janna macam ni.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video Janna Nick Menyambut Hari Lahirnya Bersama Suami Tersayang, Dini Schatzmann. Cara Layanan Dini Terhadap Janna Buat Warganet Tersentuh. Alahai Sweetnya Cara Dini Layan Janna, Patut Lah Janna Sanggup Buat Apa Saja Untuk Dini !!
Meninjau di akaun Instagram milik pelakon Janna Nick, telah dikongsikan beberapa gambar dan video yang memaparkan Janna meraikan hari lahirnya pada hari ini. Menerusi video itu, Janna bersama suami tersayang, Dini Schatzmann memilih meraikan hari lahir dengan melakukan aktiviti camping.
Bukan sahaja sedondon mengenakan baju berwarna merah jambu, malah pasangan ini dilihat menaiki sebuah jeep berwarna merah jambu menuju ke destinasi yang ingin dituju mereka. Janna turut berkongsi suasana indah saat tiba di tempat mereka melakukan aktivti camping.
Menerusi akaun TikTok, Dini juga memuatnaik video dan memberikan ucapan selamat hari lahir kepada Janna. Perkongsian video dan gambar-gambar sambutan hari lahir Janna itu telah menarik perhatian para peminatnya dan sehingga kini menerima ratusan komen sejak ia dimuantaik ke akaun Instagram.

Ada yang mengatakan suka melihat cara Dini melayan Janna dan menyukai cara Janna meraikan hari lahirnya pada tahun ini. Bukan itu sahaja, ramai yang turut memberikan ucapan selamat hari lahir kepada Janna dan mendoakan yang baik-baik buat Janna.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
@dinischatzmann Happy birthday to my wife ❤️ you deserve all the happiness in the world. @Campguru.os
Di ruangan komen, pelbagai ucapan diberikan peminat-peminat kepada Janna dan menyukai perkongsian Janna ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Tak perlu hadiah mewah pun, seronoknya cara pasangan ni meraikan hari lahir. Sweet pula tu tengok.. Happy birthday Janna.. “
” Happy Birthday Janna.. It’s indeed such a priviledge knowing U as a person on a deeper level. U deserved everything good that U have in your life simply by just being U. Inspirational.. “
” Only Dini faham janna. That’s why janna pilih Dini utk hidup nya. Semoga bahagia selalu & diberkati tuhan. Amen.. Selamat hari lahir Janna.. “
” Walaupun janna tak pernah beruntung membesar mcm kanak2 lain tapi Allah hadirkan seorang suami yg layankan dia like princess , bagi dia rasa moment chillhood.. “
” Aku nangis bahagia weyh tgk Dini layan Janna mcm ni.. Semoga Janna dan Dini terus kekal bahagia hingga akhir hayat.. Segala hajat Janna, Allah makbulkan.. “
” Happy birthday Janna.. Akak doakan there’ll be countless more birthdays to come with your beloved hubby. Stay happy like this forever k.. Love frm Swk.. “
” Comel la korang ni.. Happy birthday Janna Nick.. Moga bahagia bersama Dini.. sentiasa di dlm rahmat Dan lindungan Allah swt.. “
Cara Dini melayan Janna bagaikan seorang puteri, beruntung Janna memiliki suami yang begitu menyayangi dan mencintainya sepenuh hati. Kami dari Berita Kopak juga ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Janna. Semoga Janna sentiasa dimurahkan rezeki serta segala urusan Janna sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG jannanick, TikTok dinischatzmann
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti22 hours ago Artis / Selebriti22 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
