Artis / Selebriti
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Penampilan khas Shuib Sepahtu di pentas final Muzikal Lawak Superstar 4 bersama kumpulan Sarkas buat ramai menangis. Mengimbau kenangan Sepah Lalalitamplom, Mamat Sepah pun menangis atas pentas. Part lagu tu pun sebak sangat, ramai yang rindu kumpulan Sepah..
Semalam telah berlangsungnya final Muzikal Lawak Superstar 4 dan kumpulan Sarkas dinobatkan sebagai juara musim ini. Sarkas membawakan persembahan yang menyentuh hati dan pemilihan Shuib sebagai artis jemputan berjaya membuatkan bukan hanya penonton di auditorium, tetapi di rumah juga sebak dan menangis.
Meninjau entry di akaun Tiktok Serena Abd dan Media Hiburan, telah dikongsikan video yang memaparkan persembahan Sarkas bersama Shuib. Mengimbau kenangan Sepah Lalalitamplom, Shuib masuk ke pentas dengan membawa motor roda tiga sama seperti dalam kisah Sepah Lalalitamplom.
Kehadiran Shuib mendapat sorakan gemuruh daripada semua penonton. Sketsanya di pentas bersama Sarkas juga membuatkan ramai tersentuh. Sekali pun dalam berjenaka, namun maksud Shuib ketika bercerita mengenai kisah sahabat lamanya yang telah terpisah menyentuh hati ramai.

Suasana semakin menyedihkan ketika Shuib dan Sarkas menyanyikan lagu trademark Sepah iaitu Istilah Bercinta. Daniel yang pandai meniru suara, menyanyi dengan suara seakan-akan suara Jep. Babak Shuib menarik naik Mamat dari kerusi penonton ke pentas juga menyedihkan. Menangis Mamat, mungkin hatinya juga terusik dengan memori lama.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@serenaabd90 Sketch Terkahir Dari Sarkas dalam MLS4 #Sarkas #darirakyatuntukrakyat #fyp #cerita2024 #sepah #memoriesbringback @Acap S @Danial Zaini @Shashic Iewan @shuibsepahtu @Mamatsepah_Nana
@mediahiburanofficial Replying to @emasofea Lagu tu memang memainkan peranan. Teringat persembahan ikonik Shuib bersama kumpulan lamanya. #MHnews #MediaHiburan #muzikallawaksuperstar4 #shuibsepahtu
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Semalam tgk persembahan sarkas auto teringat.. kan bagus jika jepp pun ada dkt situ semalam.. setakat mamat je yg hadir belum cukup syahdu lagi.. “
” Semoga ukhuwah bertaut kembali.. aku pun rindu Sepah… sgt rindu sepah.. Shuib dah mula hulur tgn Tu j… harap2 blh lah kembali semula.. rindu lah nak tgok.. “
” Di hati kecil depa.. Walaupun masing² terluka.. Pasti ada perasaan RINDU namun Ego masing² tak dapat memecahkan tembok KEMAAFAN .. Insyaallah.. DOA yg baik² utk mereka agar suatu masa nt.. Depa dpt bersama dan bersatu semula seperti dahulu kala.. “
” Aku menangis berjebek malam tadi tengok persembahan ni.. moga ikatan itu kembali bertaut dan bertambah erat,tutup buku lama,buka buku baru. Barang yang lepas jangan dikenang,kerana hidup didunia ini hanya sementara. Tak perlu nak bersengketa dan mengungkit kisah lama… Masha-Allah Tabarakallah.. “
” Part Daniel menyanyi tu, terus menangis weh. Sebiji suara Jep, dah lah lagu febret Jep tu.. Aku berharap sangat Jep muncul hujung-hujung.. semoga Sepah comeback dan berbaik semula.. “
” Walaupun hanya sekadar lawak, tapi penuh bermakna, kami rindukan sepahtu.. bila mamat masuk terus auto nangis.. “
” Sedih pulak dengar Shuib nyanyi lagu ni.. walaupon lawak tapi aku faham apa yg shuib cuba sampaikan.. “
” Aku menangis teresak-esak weh part ni.. Shuib rindu Jep tu.. lagu tu memang kenangan sungguh.. lagu Jep suka nyanyi.. “
Dalam lawak ada sedih yang membuatkan penonton berlinangan air mata. Kumpulan Sepah selalu menjadi kenangan termanis dan ramai yang berharap semoga Sepah kembali bersatu dan mengembalikan semula era kegemilangan mereka. Persembahan terbaik daripada Shuib dan kumpulan Sarkas, sampai ke hati penonton.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Serena Abd, IG Media Hiburan, IG Ohbulan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti14 hours ago Artis / Selebriti14 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
