Artis / Selebriti
” Aku ingatkan lagu Thailand tadi. Lari terus bila Dato’ Aliff nyanyi, haha.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Aliff Syukri sekeluarga bermain game teka lagu buat ramai terhibur. Berdekah anak-anak dan Datin Shahida bila dengar Dato’ Aliff menyanyi. Tun tun tun, ca ca ca, nakona, semua ada Dato’ Aliff sebut, haha..
Video Datin Shahida dan anak-anak meneka lagu-lagu yang didengari di headphone dan dinyanyikan semula oleh Dato’ Aliff Syukri buat ramai terhibur. Adui, berdekah semua gelak dengar Dato’ Aliff menyanyi.
Meninjau di akaun Instagram dan akaun TikTok milik hijabista.hub, telah dikongsikan video yang memaparkan usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Aliff Syukri bersama keluarganya menjadi model pakaian raya sebuah jenama. Menerusi video itu, keluarga tersebut dikehendaki bermain satu game teka lagu.
Dato’ Aliff akan menyanyi semula lagu yang didengarnya dengan menggunakan headphone dan Datin Shahida serta dua anak mereka, Ammar dan Qadejah perlu meneka lagu tersebut. Pada awalnya, Dato’ Aliff berkata lagu yang didengarnya adalah lagu Bahasa Inggeris.
Namun, apabila mendengar nyanyian Dato’ Aliff, terus Datin Shahida dan anak-anak berdekah ketawa. Qadeejah sempat berkata kepada papanya supaya menyanyi dengar baik kerana mereka kurang memahami perkataan yang disebut oleh Dato’ Aliff ketika menyanyi.

Perkongsian video ini turut mengundang tawa warganet. Seloroh mereka, menonton video Dato’ Aliff menyanyi membuatkan mereka tidak berhenti ketawa. Komen warganet lagi, Dato’ Aliff sememangnya seorang yang sangat kelakar. Sehingga kini, video Dato’ Aliff bersama keluarga bermain game teka lagu telah menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@hijabistahub Rasanya better Dato jadi CEO je lah 🤭✨ Btw baju yang satu family ni pakai ada dalam website kita ya. Datin : Zaheera Kurung Ces : Diana Kurung Dato : Soultan Baju Melayu Ammar : Arjuna Teluk Belanga Dan jangan lupa datang our Grand Opening di HijabistaHub Boutique HQ, Bukit Raja pada hari sabtu ni ✨ #RayaPalingEpik #hijabistahubraya2025 @Tune Talk MY
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Aku ingatkan lagu Thailand tadi. Lari terus bila Dato’ Aliff nyanyi, haha.. Baru nk tdo, tgk Dato’ pnye iklan ni trs celik mt ni takjd tdo, haha.. Byk kali ulang tgk dh ni kering gusi gelak.. “
” Anak beranak gelakkan, geli hati bebeno.. Berkenan atitude anak sulong Dato’ .. So behave.. Da dewasa nt sure gentlemen n ramai yg minat.. “
” Tgk dia time stresss boleh hilang stresss oo sbb dato ni pndai buat lawak.. Mengekek aku gelak tengok video ni.. Dato’ memang kelakar.. “
” Datin macam mana ko bileh tahan ni.. Hilang stres aku, hahhaa terbaik lah Dato.. Memang kelakar sangat.. Penat saya ketawa tau.. “
” Anak dia sama perangai dengan bapaknya tu yang dia tau apa yang bapaknya nak sampai kan lagu tu, hahaha.. Terbaik lah Cess.. “
” Kecik beso kecik beso je Ammar tengok abah dia, haha.. Mesti dia cakap dalam hati, dah kenapa lah abah aku ni, hahahahahaha.. “
” Ank laki dia memang behave dr kecik.. Hahaha yang perempuan tu memang sebiji perangai Dato’ Aliff, hahaha.. Meriah tengok dorang ni.. “
Tak kering gusi mendengar nyanyian Dato’ Aliff, berdekah-dekah gelak dibuatnya. Part Datin Shahida tanya Dato’ Aliff adakah lagu tersebut adalah lagu Daraemon antara part yang paling kelakar. Apa-apa pun, perkongsian video ini hanyalah sekadar hiburan untuk semua.

Silakan SHARE..
Sumber : IG hijabista.hub, TikTok hijabista.hub
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

