Artis / Selebriti
” Aku gelak sampai bergegar katil. Pickup line Dato’ mendebarkan, haha.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida berbalas pickup line mencuit hati warganet. Adui, berdekah gelak dengar pickup line Dato’ dan Datin. Respon Dato’ Aliff bila Datin tanya nak tambah anak tu paling kelakar, haha..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Kedai_dherbs, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live yang memaparkan perbualan antara Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida. Perbualan mereka santai-santai sahaja dan dipenuhi dengan gelak ketawa.
Datin Shahida memulakan dengan menyanyi lagu viral di Tiktok berbunyi ‘ Pilih macha atau kopi ‘. Reaksi Dato’ Aliff awal-awal lagi sudah membuatkan Datin Shahida ketawa. Lain yang disuruh pilih, lain pula yang Dato’ Aliff jawab. Selepas itu, pasangan ini berbalas pickup line pula.
Jarang dapat melihat perbualan Dato’ Aliff dan Datin Shahida seperti ini. Sporting dan masing-masing berlawan memberikan pickup line yang padu. Memetik komen warganet, pickup line orang bercinta vs pasangan yang sudah berkahwin lain vibes nya.

Terhibur warganet melihat gelagat Dato’ Aliff dan Datin Shahida ini. Dari awal sehingga akhir, tidak berhenti Datin Shahida ketawa kerana ayat Dato’ Aliff yang menggeletek hati. Part Datin Shahida bertanya sama ada Dato’ Aliff mahukan anak lagi atau tidak paling kelakar.
Jom tonton video di bawah :
@kedai_dherbs Terhibur sembang papa mama malam ni #aliffsyukriterlajaklaris #shahidadherbs #papalaris #viral #video
♬ original sound – Dherbs Terlajak Laris – Dherbs Terlajak Laris
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Tak lama lagi double line lah ni haha.. Ni la pillow talk diorg.. main² pickup line, lepas tu jadi double line. mudah terhibur betul datin.. “
” Aku gelak smpai bgegar katil.. adoiii laa dato n datin.. suka tengok dato dan datin sweet sweet.. loqman standby la jd abg next year.. “
” Amayan dpt adik baru rasa pas ni. first time tengok orang kaya sembang kacip.. datin mudah terhibur erkk.. datuk pickup line mendebarkan.. “
” Pickup line org bercinta dgn org dh berkahwen mmg lain jawapan haha.. comel la Dato’ sembang sweet2 dgn datin.. “
” Aduh dato ni, mesti datin nak kata awak basuh muka pakai gula ke. sbb muka awk manis tapi dato jawb dia pulak bagi pick up line.. “
” Sebab langit takde awak, terhibur aku haha.. cia cia cia datin ayat ayat cinta … buat lg video gini senyum tgok byk Kali datin dato.. “
” Haha tahun depan masuk labour room la datin.. amayan ready bakal dapat adik lagi hehe.. dua dua masuk air, ketawa seorang seorang tengah malam buta ni haha.. “
Bukan main lagi pickup line Dato’ Aliff dan Datin Shahida ini, sweetnya itu lain macam. Jangan-jangan tahun depan Amayan dan Cess dapat adik baru ye Datin. Makin riuh dan bergegar lah rumah dengan kerenah anak-anak. Apa-apa pun, semoga Dato’ Aliff dan Datin Shahida berbahagia selalu sampai ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Kedai_dherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu

