Artis / Selebriti
” Aku akan terus jaga dia, walaupun anak dia dah tiada.. ” – Farah Ahmad
Video Farah Ahmad Kongsi Mengenai Hubungan Bersama Ibu Mertuanya, Datuk Hajah Fauziah Nawi. Tersentuh Dengan Cara Farah Layan Ibu Mertua Walaupun Suaminya Sudah Tiada !!
Meninjau di akaun Instagram milik majalahpama telah dikongsikan video yang memaparkan temubual bersama pelakon Farah Ahmad. Menerusi video itu, Farah berkongsi mengenai hubungan bersama ibu mertuanya, Datuk Hajah Fauziah Nawi.
Pelakon wanita hebat yang begitu peramah ini sentiasa mengukir senyuman ketika berbicara bersama wartawan. Ujar Farah meskipun suaminya sudah tiada lagi, silaturrahim antara Ibu Fauziah sangat baik serta Farah mengambil keputusan untuk terus menjaga Ibu Fauziah.
Bahkan kata Farah, anak-anaknya juga bersama-sama membantu menjaga nenek mereka. Farah menganggap menjalinkan hubungan baik bersama ibu mertuanya membuatkan mereka bertambah mengenali antara satu sama lain meskipun mereka berdua sudah lama mengenali.

Sehingga kini, video wawancara Farah Ahmad menerima ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Kagum dengan kenyataan Farah, jelas terlihat betapa sayang dan ambil beratnya Farah kepada Ibu Fauziah. Sudah seperti anak dan ibu kandung.
Tonton video di bawah ini :
Diruangan komen, ada peminat mengatakan suka dengan perkongsian ini dan mendoakan kesejahteraan buat Farah serta ibu mertua. Komen tersebut :
” Alhamdulillah, semoga Allah permudahkn urusan sis.. Jaga mak mertua saperti mak sendiri… Make her happy, besar pahala sis.. Terbaik.. “
” Alhamdulillah macamni kita mahu.. Mesti mak mertua Dia pun baik kan.. “
Seperti yang diketahui umum, suami kepada pelakon Farah Ahmad, Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif telah kembali ke rahmatullah dalam satu kejadian bot pecah dan hanyut di Sungai Mela, Kuala Lipis, Pahang pada 26 Oktober tahun 2019 lalu.

Arwah Mohd Firdaus men1nggalkan tiga orang cahaya mata perempuan, Dhia Farhana, Mhia Farhana dan Thia Farhana. Apa-apa pun terbaik lah Farah masih mengekalkan hubungan baik bersama ibu mertua. Semoga segala urusan keluarga ini sentiasa dipermudahkan dan dirahmati oleh Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG majalahpama, ifarahahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen



