Artis / Selebriti
” Akhirnya Qi kahwin jugak. Comelnya muka wife dia, macam arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
Gambar dan video majlis pernikahan Qi Razali raih perhatian peminat. Wah akhirnya Babah dah ada peneman di sisi. Comel sangat wife Babah..
Qi Razali bukan nama baru dalam industri. Pelakon dan pengacara ini banyak membintangi drama TV, telefilem dan filem. Antara filem yang menyentuh hati lakonan Qi Razali adalah filem Babah yang ditayangkan pada tahun lalu. Qi pernah menjalin hubungan cinta dengan beberapa orang selebriti wanita, namun hubungan itu terputus.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sinar dan Media Hiburan Offcial, telah dikongsikan beberapa keping gambar dan video yang memaparkan majlis pernikahan Qi Razali. Akhirnya Qi Razali mengakhiri zaman bujangnya bersama wanita pilihan hati.
Wanita ini dikenali sebagai Wardah dan pasangan ini kelihatan sama cantik sama padan apabila bersama. Difahamkan majlis pernikahan ini dijalankan secara tertutup di sebuah kawasan rahsia berlatarbelakangkan suasana kampung yang mendamaikan.

Personaliti TV3, Fedtri Yahya pula diberikan mandat sebagai pengacara majlis bersejarah Qi dan Wardah. Pasangan mempelai tampil dengan busana pengantn berwarna putih. Qi juga kelihatan gembira di samping isteri dan keluarga tersayang. Officially Qi sudah off market.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Congratulations, my once-upon-a-crush. She’s so cute! You chose well. Semoga bahagia till Jannah,amin.. “
” Comelnya wife Qi, tahniah Qi.. babah dah kawen lah korang.. manis sangat wifenya.. selamat pengantin baru babah.. “
” Akhirnya Qi Razali berkahwin juga… tahniah Qi Razali dan Pasangan.. Wife dia senyum macam Azira Shafinaz.. comel sangat.. “
” Sempoi je wedding dia.. macam ni lah bagus.. lek2 chill je.. Congrats Babah Qi Razali and wife.. semoga berbahagia sampai syurga.. “
” Comelnya wife dia, suka tengok cute je.. Alhamdulillah…. Congrats. Slmt Pengantin Baru Qi Razali dan psgn. Semoga Allah SWT memberkahimu berdua dan memberkahi rumahtangga ini dgn kebahgiaan dn kebaikan dunia dan akhirat.. “
” Alhamdulillah tahniah, akhirnya Qi kahwin jugak.. comel wife ada iras macam arwah Siti Sarah.. simple dan cantik.. “
” Comelnya muka wife dia, macam arwah Siti Sarah kan.. Babah dah kahwin.. tahniah babah, ini rahsia tuhan tertulis masa depan.. “
Alhamdulillah akhirnya Qi bertemu insan yang membahagiakan hidupnya. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat pengantin baru untuk Qi dan Wardah. Semoga bahtera perkahwinan yang dibina ini kekal aman selalu dan dicurahi dengan kegembiraan selamanya. Tahniah Babah, semoga menjadi suami yang terbaik okey.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan Official, IG Sinar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


