Artis / Selebriti
” Aeril saja la yang keluar. Ke Aeril takde kat rumah.. “
Ditegur Netizen Apabila Kongsi Gambar Hendak Keluar Beli Barang Dapur, Ini Respon Wawa Zainal Yang Buat Ramai Terhibur !!
Pasangan selebriti sama cantik sama padan iaitu Aeril Zafril dan Wawa Zainal merupakan antara pasangan selebriti yang popular. Aeril dan Wawa telah mendirikan rumahtangga pada tahun 2013. Pada awalnya mereka merahsiakan perkahwinan mereka kepada umum.
Perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang putera dan dua orang puteri. Ahmad Fakhruddin Attar merupakan anak sulung pasangan ini yang berusia 7 tahun. Dua orang puteri mereka ialah Hayla Maghfiratul Adzkiyaa yang berusia 5 tahun dan Ayya Soffya yang berusia 3 bulan.
Selain berlakon, pasangan ini mempunyai perniagaan sendiri yang diuruskan secara bersama. Wawa mempunyai produk kosmetiknya sendiri iaitu Wawa Kosmetik. Mereka telah membina empayar perniagaan selama tiga tahun dan berjaya sehingga kini.

Menerusi akaun Instagram, Wawa berkongsi gambarnya memakai mask ketika hendak keluar membeli barang dapur. Disebabkan perintah kawalan pergerakan hanya membenarkan seorang sahaja yang keluar membeli barang keperluan, jadi Wawa perlu pergi seorang diri.
Gambar ini telah direspon oleh seorang netizen yang bertanya kenapa tidak Aeril sahaja yang keluar sebagai ketua keluarga. Ini komen balas Wawa :

Rata-rata netizen bersetuju dengan respon Wawa. Antara komen-komen mereka :
” Pilih salah seorang dlm rumah tu ok je. xde masalah pun isteri or suami yg pergi . sama je cerita dia. tak de kepentingan ??? “
” Sama la beli brg sy yg keluar.. kalau lelaki yg keluar jadi lama.. “
” Setuju.. yg penting salah seorg je yg keluar.. xkira la siapa.. take care.. “
” Betul2.. sya kena hntar list brg sekali gambar brg tau.. “
” Betul tu kita perempuan tahu lebih baik suami isteri pergi sekali.. “
Memang betul apa yang Wawa katakan. Ada sesetengah lelaki tidak biasa membeli barang- barang dapur seorang diri. Tambahan pula kalau dapat yang jenis tidak mengenali barang-barang yang hendak dibeli. Jadi untuk memudahkan kerja, isteri sendiri pergi membeli. Betul tak ?

Silakan SHARE..
Sumber : IG Wawa Zainal by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

