Artis / Selebriti
” Adui Amayan, dekah la. Vlog luahan hati ke ni Amayan, haha.. ” – Komen Netizen
Muatnaik sedutan video MV lagu raya, luahan hati anak sulung Dato’ Aliff Syukri, Ammar Ahyan buat warganet terhibur. Adui Amayan, jujur sangat ni. Berdekah dengar..
Dato’ Aliff Syukri tetap meneruskan hasratnya untuk mengeluarkan lagu raya tahun ini. Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, tahun ini Dato’ Aliff membawa aura positif dengan menyanyi bersama Datin Shahida dan anak-anak mereka, Ammar Ahyan dan Qadejah El-Zahra.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ammar Ahyan, telah dikongsikan sedikit sedutan video yang memaparkan babak dalam MV lagu raya tersebut. Ammar bercerita memberitahu dia sudah memaklumkan sebelum ini, dia terpaksa menyanyi kerana dipaksa oleh abahnya.
Ammar juga berkongsi luahan hatinya yang menggeletek hati warganet. Memetik komen warganet, ini luahan hati Ammar yang paling jujur. Ammar juga ada ‘mengutuk’ salah seorang penari dalam MV raya itu kerana kelihatan terlalu beriya-iya.

Ammar memang seorang yang jujur dan tidak pernah menipu mengenai perasaannya. Walaupun terpaksa, Ammar tetap menurut kata Dato’ Aliff dan Datin Shahida. Untuk makluman, MV lagu raya berjudul Raya Mama Papa telah pun dilancarkan dan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.
Jom tonton video di bawah :
@ammarahyan2008 Posted against my will #fyp
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 100 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” “Saya tak nak post, nanti dia cakap benda2 pasal pengorbanan seorang ayah dah ibu” .. adui amayan haha.. dekah la.. vlog luahan hati ke ni amayan.. “
” Apa yang jujur sangat luahan hati ni amayan. haha dah macam status whatsapp. Aku baru nangis vid KA , scroll kebawah terbahak akuuuuu !! HAAHAHAH.. “
” Amayan ikhlas tak post ni.. aku berdekah dengar voice over amayan ni.. terima kasih amayan. cerita yang menarik terus semangat berpuasa hari.. “
” Kalau saya x post, nanti mak saya ckp benda2 pengorbanan seorg ibu *ngungkit lah tu haha.. dah start dah luahan hati dia.. love la amayan ni, jujur.. “
” Jujur sangat ni amayan. dekat sini jadi tempat luahan hati amayan haha.. dia post ni untuk mintak tolong kita semua ke kawan kawan haha.. “
” Ok done meluah, dia punya jujur i can’t.. sumpah dekah aku.. 5 kali aku ulang still kelakar weh.. memang nampak tak ikhlas tu. penat la aku ketawa.. “
Satu luahan hati yang tersangat jujur daripada Ammar untuk semua mendengarnya. Kesian Ammar tetapi kelakar pula ayat yang Ammar gunakan itu. Semoga Ammar terus menjadi anak soleh yang sentiasa patuh dengan abah dan mama, serta berjaya dunia akhirat.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ammar Ahyan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

