Artis / Selebriti
” Adoila kak Erma, ni cinta berapa segi ni. Berebut tunang pulak, haha.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video Erma Fatima menyakat Amira Othman kerana memakai baju sedondon dengan Fattah Amin buat warganet terhibur. Hah mengamuk Erma sebab kacau tunangnya. Part Amira kenakan Erma balik tu kelakar. Terkedu Erma dibuatnya, haha..
Iftar with Fattah Amin telah pun berlangsung pada 17 Mac di Rumah Abang Jamil. Ramai rakan artis yang dijemput oleh Fattah antaranya Amira Othman, Erma Fatima, Umie Aida dan ramai lagi. Pastinya mata tertumpu kepada Amira kerana Amira dikatakan teman istimewa Fattah.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Erma Fatima, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Erma menyakat Amira. Oleh kerana Amira memakai baju yang sedondon warnanya dengan Fattah, Erma menyoal Amira mengapa selalu sedondon dengan Fattah.
Menggelarkan Fattah sebagai tunangnya, Erma juga bergurau meminta Amira mengundurkan diri dari semua kolaborasi bersama Fattah. Amira pula begitu sporting dan memahami gurauan Erma itu. Umie yang berada di situ juga tergelak sama melihat sketsa lakonan Erma itu.

Amira sememang seringkali menjadi bahan usikan rakan-rakan selebriti kerana gosip FattMira yang bertebaran di media sosial. Apatah lagi Fattah dan Amira banyak projek bersama seperti Rissa Skin dan Jakel. Pandai Amira menyakat kembali Erma supaya tidak caras Mak Salmah kerana Mak Salmah juga sukakan Fattah.
Jom tonton video di bawah :
@ermafatimarahmad Geram jer aku dia pun pakai warna matching dgn tunang aku. You jgn macam2 yer @fattahamin
@_fattmira Sambungan dari video kk erma😂#fattahamin #amiraothman #ermafatima #umieaida #amiracleforfattah #OurFAs #doabaikbaik🤲
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Klakar sungguh la sis Erma Fatima n Amira ni.. amboi, baiknyer kedua madu fttah.. siap brgurau lgi.. “
” Yang mak semah tu tergelak besar aku. adui lawak juga mira ni. Amira tunang sebenar bukan penyamar.. “
” Adoila kak erma, ni cinta berapa segi ni, mak semah nk letak mana.. berebut tunang pulak haha.. “
” Bincangkan siapa tunang sebenar.. kak erma, mak semah atau amira.. Tolong jawab soalan last tu Kak Erma. Yg Mak Semah tu.. “
” Dah tau dah Apa status diorg ni. Hihihi selalu kalau kakak2 usik gitu maksudnya diorg sudah ada ikatan la tu.. “
” Bertepukkk sbelah tgan xbbunyiii masalahnyaa hahaha…. saborr ekkkk kak eirma.. tunang awk aneh2 kalau ngan Mira.. “
” Wahh marah betul tunang Fattah kat ‘teman sekerja’ dia ni ye…. sampai keluar laser dan api kat mata tu… settle baik² ye tunang Fattah haha.. “
” Kak erma dia gurau tp dlm masa sama berjaya buat mira terkedu bila kak erma tanya u siapa dgn fattah. rakan sekrja kata mira.. “
” Haha auto diam kak Erma bila Mira sebut mak semah ekk haha.. salute dekat Amira. tenang betul ye walaupun kena kacau macam tu.. “
Mencuit hati sungguh apabila Erma in character, nasib lah Amira seorang yang tenang dan layankan sahaja drama Erma itu. Pening juga Fattah jika perlu memilih antara Amira, Erma dan Mak Semah. Apa-apa pun, ini hanyalah sekadar hiburan dan gurauan Erma semata-mata dan semoga semua juga terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Erma Fatima
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti3 days ago Artis / Selebriti3 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
