Artis / Selebriti
” Adoi Kak Lina, mata saya masuk habuk. Terima kasih ringankan bebanan mereka.. ” – Komen Netizen
Video Kak Lina menghadiahkan sebuah motosikat kepada keluarga yang viral motor terbakar baru-baru ini menyentuh hati ramai. Sebak tengok ibu adik Nuha menangis peluk Kak Lina..
Tular baru-baru ini sepasang suami isteri dan seorang anak yang mengalami insiden motor terbakar. Ianya mendapat perhatian daripada selebriti yang serba boleh iaitu Elly Mazlein atau Kak Lina. Dengan bantuan daripada team Radio Era, Kak Lina bersama team Era ke Kota Tinggi Johor untuk bertemu dengan pasangan tersebut.
Kedatangan Kak Lina bukan sekadar untuk menziarahi tetapi juga membawa hadiah bermakna untuk pasangan tersebut. Meninjau entry di akaun Instagram Era, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan suasana ketika Kak Lina bertemu dengan pasangan tersebut.
Kak Lina dengan ikhlasnya menghadiahkan pasangan ini sebuah motor baru untuk kegunaan mereka. Memikirkan anak pasangan ini yang bernama Nuha, motor ini adalah sebagai hadiah hari lahir Nuha yang jatuh pada tarikh 25 November yang lepas.

Ibu Nuha tidak dapat menahan ai rmata dan mengucapkan terima kasih kepada Kak Lina. Ini satu-satunya pengangkutan yang mereka ada setelah motor pemberian mak mertuanya terbakar. Kak Lina tidak hanya memberikan semua orang senyuman tetapi juga membuatkan ramai yang menangis kerana keikhlasannya itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kak Lina.. sebak terharu sangat.. tq sudi menyantuni keluarga tersebut.. sebab tu rezeki kak lina tak pernah putus, ini salah satu sebabnya.. “
” Era fm skrg bagus.. dj2 ramai yg berkongsi rezeki, content positive mcm ni yg kita nak.. terima kasih kak lina kerana menjadi seorang yang sangat prihatin.. “
” Kaklina kepom.. Kita touching tengok kaklina dengan team era. Otomatik kita terus berdoa semoga Allah merahmati dan berkati setiap apa yang kak kepom and team era punya csr ni.. “
” Alhamdulilah rezeki org yg sentiasa memberi memang tak kan pernah putus.. Satu2 rezeki Jakelina dapat mewah Allah bagi.. “
” Adoiiiiii ellymazlein mata sya masuk habuk la.. trma kasih yeee ringankan bebanan pda mereka.. rezeki mereka sekeluarga dpt motor baru. Alhamdulillah… hanya Allah swt shj yg mampu membalas jasa kalian.. nuha comel sngt.. “
” Mashaalloh.. Kak Lina baik hati.. semoga rezeki Kepom melimpah ruah kelak.. Suka sangat tengok cara kak lina menyantuni tak kira tua atau muda.. “
” Kak lina ni baik hati, semoga tuhan beri rezeqi yang melimpah limpah… Love jakelina.. Aamiin.. “
” Kak Kepom ni dlm menghibur suka jugak wat kita nangis tau .. terima kasih kak Kepom .. permudahkan urusan org lain.. “

Sebak dan terharu warganet dengan usaha Kak Lina dan team Era untuk membantu pasangan ini. Alhamdulillah rezeki adik Nuha dapat memiliki sebuah motor baru. Boleh lah Nuha dan kedua ibu bapanya menggunakan motor untuk kegunaan seharian mereka. Semoga Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah untuk Kak Lina.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

