Artis / Selebriti
” Adira malu-malu kena angkat dengan Dato’ Red. Kita pulak sengih seorang diri.. ” – Netizen
Video Dato’ Red Kotakan Janji Dukung Adira Setelah Berjaya Menjual 500 Botol Perfume Dalam Masa 1 Jam Ketika Live. Alahai Malu-Malu Adira Kena Angkat Dengan Dato’ Red. Kakak Adira, Emma Suhaimi Pun Sporting !!
Dalam usaha Dato’ Red untuk melangsaikan semua hutang yang ditanggungnya, Dato’ Red mengeluarkan beberapa produk sendiri dan aktif menjualnya di platform Tiktok. Usaha Dato’ Red ini juga turut mendapat sokongan padu daripada Adira Suhaimi dan kakak Adira, Emma Suhaimi.
Menerusi perkongsian video di Tiktok Aryn Naza dan Kaki Jalan, telah dikongsikan sedutan live terbaru Adira, Emma dan Dato’ Red. Dato’ Red melancarkan perfume keluaran sendiri dan ianya mendapat sambutan yang hangat daripada followers Dato’ Red dan Adira.
Ketika sesi live berlangsung, Dato Red ada berjanji sekiranya perfumenya ini terjual sebanyak 500 botol, Dato Red akan memenuhi permintaan warganet untuk mendukung Adira. Rezeki Dato’ Red kerana jualan ketika live itu mencapai target dan sold out dalam masa 1 jam.

Emma menjerit keriangan melihat produk adik iparnya ini laris dan mengingatkan Dato Red supaya memenuhi janjinya. Adira yang sedang duduk di atas kerusi diangkat oleh Dato’ Red, dengan kerusinya sekali pun Dato’ Red angkat bersama. Kelakar tetapi seronok warganet melihat wajah gembira Dato’ Red dan Adira.
Jom tonton video di bawah :
@arynnazaofficial Alhamdulillah Rezeki Harini 500pcs perfume Dato Red terjual…Dato Red tunai Janji dukung Adira 😂🤣 #datored #adira #datoreddukungadira
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Pelbagai komen diberikan dan antara komen-komen mereka yang dapat kami kongsikan :
” Tiada semut sudah rumah saya, rupanya semut semua pergi rumah adira heheh.. adira bnyak tolong dato red.. ”
” Susah jumpa pempuan mcm Adira, org lain lepas je lafaz talak, dia buat hal dia sendiri dh, tak nk terkait dgn ex, tapi Adira dia tetap baik dgn ex dia, Adira nampak sgt sepadan dgn Dato’ red.. ”
” Adira x wife yg baik , berusaha mmbantu dato red niaga dan cuba selesaikan bayar hutang , semoga diprmudhkan , dan semoga jodoh mereka bercantum kembali . Aamin.. ”
” Adoii nape la ekk berlenang air mata aku pagi² ni .. semoga dipermudahkan segala urusan dia orang ya Allah.. ”
” Sweet nampak keikhlasannya di situ. seronok tengok adira x kedekut ilmu dan segalanya tolong dato.. kakak adira pun sama, sporting sgt.. smg yg baik² utk dato dan adira dimasa dpn.. ”
” Dato’red ni dpt family mertua ipar duai bukan dr toksik… dan dyeorg lau bole nk mereka rujuk… rezeki juga namanya.. ”
” Kita yg tgok mcm ni pun dh cukop hppy. wlaupun dh brcerai. kmesraan tu masih ada. kita doa yg baik2 utk diaorg.. ”
” Alhamdulilah tumpang gembira.. Nampak wajah kegembiraan dato red.. adira pun malu-malu kena angkat dengan dato red. sweet lah, kita pulak tersipu-sipu sengih sorang diri hehe.. ”
Alhamdulillah Allah mempermudahkan urusan Dato’ Red dan melariskan barang jualannya hasil bantuan daripada Adira dan Emma. Warganet pun pastinya tersenyum sendiri melihat reaksi Adira ketika Dato’ Red mengangkatnya bersama kerusi itu. Semoga yang baik-baik sahaja buat Dato’ Red dan Adira dan dimurahkan rezeki selalu, aamin.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Aryn Naza, Tiktok Kaki Jalan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen



